"Berbuat Istana Zaman Dahulu":Maksud, Tema dan Persoalan
Maksud Rangkap1: Raja menintahkan orang besar beremapat untuk membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok. Keempat-empat prang besar yang setia dan taat terhadap perintah raja memangil Pawang Raja. Kemudian, Pawang Raja telah mengerahkan empat puluh empat tukang mahir bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana. Rangkap2: Setelah mengambil masa selama tujuh bulan dan tujuh purnama, akhirya istana yang dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina. Istana yang besar tersergam itu mempunyai sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi. Rangkap 3: Istana yang dibina itu juga mempunyai tiga sudut yang menempatkan lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja lela dan bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang istana bermotifkan ular berang, kasau kecil bermotifkan puteri menyembah, dan kasau lentik bermotifkan helan...