(TEKNIK MENJAWAB) Pengajian AM PENGGAL 1

Strategi Menjawab Soalan Peperiksaaan Stpm Pengajian AM Penggal 1

 Bahagian A 

  1. Bahagian A ialah soalan aneka pilihan/objektif
  2. Bahagian ini mengandungi 15 soalan dengan peruntukan 15 markah.
  3. Pelajar wajib menjawab soalan yang disediakan .
  4. Tumpuan penyoal adalah Berkisar kepada tajuk yang berikut:
  • Konsep negara, ciri negara berdaulat, jenis kerajaan dan pembentukan Malaysia
  • Berkaitan dengan perlembagaan Persekutuan 
  • Badan perundangan, badan pentadbiran dan badan kehakiman 
  • Pentadbiran Persekutuan, pentadbiran negeri dan pentadbiran tempatan (pihak berkuasa tempatan)
  • Tadbir urus kerajaan terutama sistem penyampaian perkhidmatan serta program perubahan perubahan pentadbiran kerajaan yang dilakukan
Bahagian B
  1. Bahagian B ialah soalan berstruktur.
  2. Bahagian ini pelajar diminta memberi jawapan dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran tertentu.
  3. Sebanyak 4 soalan akan dikemukakan dan memperuntukkan 15 markah.
  4. Tumpuan soalan adalah berkisar kepada tajuk yang sama dalam Bahagian A di Atas
  5. Terdapat dua kaedah menulis jawapan, iaitu:
  • Hanya memberikan jawapan ringkas sahaja
  • Perlu memberikan jawapan berserta huraian
6. Kaedah memberikan jawpan tertakluk kepada dua aspek yang berikut:
  • bilangan tugasan yang diminta oleh soalan
  • Markah yang diperuntukkan dalam setiap soalan utama atau sub soalan 
7. Jika bilangan tugasan adalah dua, sedangkan peruntukan markah yang diberikan adalah empat, maka maka pelajar perlu menggunakan pendekatan memberikan idea dan kemudian membuat huraian yang bersesuaian.

Bahagian C
  1. Soalan esei yang dikemukakan dalam penggal1 adalah berkaitan dengan Tema Utama, iaitu "Malaysia Kekal Berdaulat".
  2. Markah yang diperuntukkan bagi setiap karangan ialah 25 markah setiap satu
  3. Perincian marakah adalah seperti berikut:
  • Idea/isi= 5 markah
  • Huraian = 15 markah
  • bahasa= 4 markah 
  • format penulisan= 1 markah
5+15+4+1 = 25 MARKAH 

4. Anda wajib menjawab dua soalan sahaja daripada tiga soalan yang dikemukakan. Anda tidak boleh menjawab lebih daripada dua soalan.
5. Masa yang diperuntukkan untuk bahagian esei adalah selama 30  minit bagi setiap soalan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus

Silir Daksina : SINOPSIS (FULL)

Kerja Kursus Kersusteraan Melayu Komunikatif: Multimedia; KIsah Bermula di Bukit Siguntang