Silir Daksina : SINOPSIS (FULL)

Sinopsis 

       Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Hakimiyang hidup bersama-sama dengan Umi, bapa tirinya dan adk tirinya, Nurul Asiyah di Kuala Terengganu, Terengganu.Bapa Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan berada di Kampung Seri Purnama, Parit Raja , Batu Johor. Haiqal terpisah dengan bapanya apabila uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka tidak sehaluan. Uminya yang merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar Payang tidak dapat menerima bapanya sebagai seorang pencinta seni sastera dan budaya. Akibatnya, perkhawinan antara mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.
         Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya . Ketika berusia 12 tahun, bapanya telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR). Umi dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menziarahi jenazah tetapi melarang Haiqal untuk turut sama atas alasan dia sedang menduduki UPSR . Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapt melihat wajah ayahnya untuk kali terakhir . Walaupun Haiqal berasa terkilan namun dia amat menyayangi uminya dan tidak berani membantah kat-katanya.
         Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis berbangsa cina melalui kiriman pos. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke Batu Pahat, iaitu tempat arwah, iaitu tempat arwah ayahnya tinggal. Manuskrip yang diterima itu menceritakan pelbagai peristiwa berkaitan dengan kegidupan bapanya yang melibatkan diri dalam aktiviti untuk memperkasakan seni dan budaya zapin. Justeru , Haiqal bersasa teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubat kerinduan yang ditanggung olehnya sejak kecil.
         Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke kampung halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu dan memarahinya dengan alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan ayahnya sudah lama meninggal dunia . Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu. Walid memahami persaan Haiqal dan merestukan peergianya . Walid akan menapung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor Kelak.
        Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, Walid dan adik tirinya sahaja mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke stesen bas . Haiqal samapai di stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesaimenunaikan solat subuh di surau, Haiqal menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.
             Di sebuah warung , Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang rumah arwah ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya menunggu Tauke Ong untuk membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di warung Wak Min. Tauke Ong menghantar Haiqal makan tengah hari di bandar. Di rumah arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil dan gambar yang ada.Haiqal mendapati arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan Haiqal lebih hebat daripada yang dia sangkakan.
        Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk membawa Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong memberitahu bahawa banyak kerja Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang amanah untuk menguruskan ladang kelapa sawit dan kebun getah milik arwah ayahnya  dan dia akan menyerahkan semua urusan itu kepada Haiqal.
        Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada urusan di bank dan meminta anaknya, Seh Hwa Haiqal makan di sebuah makan di sebuah restoran. Di restroan itu, Seh hwa berbual-bual dengan Haiqal tengtang Ratna. Semasa makan, Seh Hwa memberitahu bahawa ayahnya  pandai memasak cili padi ikan haruan. Haiqal meraskan bahawan Seh Hwa beruntung kerana dapat merasa kasih sayang arwah dan dapat mengisi kekosogan jiwa arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin bahawa See Hwa banyak menyimpan rahasia hidup ayahna Dia juga membuat telahan bahawa watak Ai Ling dalam manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.
           See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan disekitar pekan Parit Raja dan mereka berhenti di sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya manakala Haiqal membeli yang berkaitan dengan bahasa dan satera. Ketika itu, mereka mendapati bahawa mereka meminati penulis yangsama. Pertemuan itu telah menimbulakan kemesraaan anatara mereka berdua . Pada petang itu, Haiqal tersedar dari tidurnya. Haiqal Membaca SMS yang dihantar dari Nurul Aisyah dan membalasnya.
            Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang dipinjam oleh Tauke Ong. Haiqal membaca surah al-fatiah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca surah Yaasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan motosikal berhampiran dengan sekumpulan remaja yang memancing ikan. Haiqal berbual-bual dengan Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk bercerita lebih lanjut tentang arwah.Selepas menunaikan solat maghrib dan isyakdi masjid, Haiqal ke warung Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar , Wak Arif , dan Haji Salim berbual-bual mengenai tarian zapin.
             Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ, Haiqal dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa album, majalah, dan buku-bukumilik arwah ayah benar-benar seorang penati zapin. Di warung, Haiqal bertanya tentang Aksara kepada See Hwa dan memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya pekara pekara yang tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia meninggal dunia. See Hwa juga menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada Akedemi Sastera Rakyat dan arwah ayah Haiwal bercita-cita untuk menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan masyarakat dengan sastera.
            Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan tarian zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat untuk membincangkan cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal telah diterima sebulat suara oleh penduduk kampug. Pembahagian tugas sempena majlis yang bakal diadakan pada malam tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan semasa majlis itu berlangsung kelak. Oleh itu, persiapan sempena membuat persiapan itu. Haiqal juga turut serta dalam membuat tarian zapin. Tauke Ong mencadakan agar Haiqal mempelajari tarian zapin . Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Warparmin, Abang Ramlan, dan Wak Seman bersugguh-sungguh mahu mengajar taria zapin.
           Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada Walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan nurul mendoakannya agar dapat mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim tidak dapat menjadi pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim menyuruh Haiaql memujuk See Hwa menari dengannya.
           Selepas solat maghrip, Haiqal ke rumah Tauke Ong. dia memberitahu Tauke Ong tentang tujuanya untuk memujuk See Hwa  apabila sedang menggosok baju zapin. See Hwa berterus terang kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk membuat kejutan kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya.
         Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terposona melihat kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal terpandang uminya, walid dan Nurul yang sedang berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal teramat terharu dan bersyukur apabila melihat mereka datang untuk melihatnya menari. 
         Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sebuah universiti di Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam umi terhadap ayahnya sudah lebur apabila uminya datang untuk melihatnya menari zapin. Umi Haiqal ahawa darah merah yang mengalir dalam setiap pelosok tubuh Haiqal merupakan darah Abdullah bin Kayan yang tidak boleh dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan ushawan. Ketika Haiqal meninggalkan kampung Seri Purnama, See Hwa telah menangis. Haiqal sedar bahawa dia perlu menjadi ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu masih jauh daripada jangkauannya kerana  dia masih belum layak untuk memimpin Aksara. Haiqal merasakan bahawa sili diksina benar-benar mendamaikan.

*note: any mistake , please forgive me
*follow my Instagram: 169conot_
*you can DM me at Insta if you have any question or any request....
*Thank You For Reading my Blogsss... God Bless You

Comments

Popular posts from this blog

Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus

Kerja Kursus Kersusteraan Melayu Komunikatif: Multimedia; KIsah Bermula di Bukit Siguntang