Isu Cetak Rompak
Isu-isu cetak rompak
Sejak akhir-akhir ini, masalah cetak rompak yang berlaku di negara kita semakin berleluasa. Masalah ini telah menyebabkan pihak-pihak tertentu, iaitu penerbit filem, syarikat rakaman dan artis mengalami kerugian yang teruk. Oleh itu, masalah ini harus diatasi dari akar umbinya kerana mendatangkan banyak kesan negatif.
Kini, peniaga cakera padat cetak rompak semakin bermaharajalela. Mereka menjual cakera padat di mana-mana sahaja seperti di pasar malam, di tepi jalan malah secara terang-teragan di pusat beli-belah. Walaupun mereka sedar bahawa perbuatan mereka melanggar undang-undang, namun mereka tidak mengendahkannya langsung. Mereka juga tidak takut pemantauan oleh pihak berkuasa. Peniaga cetak rompak akan melarikan diri jika adaorang yang menghubungi mereka apabila pihak berkuasa menjalankan operasi.
Masalah cetak rompak ini akan meninggalkan kesan negatif kepada banyak pihak yang terlibat. Contohnya, periuk nasi artis dan pelakon akan terjejas kerana pendapatan yang diterima kian berkurang. Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk merakam album dan berlakon sesebuah filem tetapi orang lain pula mengaut keuntungan. Secara tidak langsung, industri seni dan filem tempatan turut akan terbantut perkembangan.
Sebenarnya, punca utama berlakunya masalah ini ialah orang ramai sendiri. Kebanyakkan orang suka membeli cakera padat cetak rompak kerana harganya lebih murah dan boleh didapati di mana-mana sahaja dengan mudah. Mereka akan membeli cakera padat cetak rompak dengan kualiti yang rendah asalkan harganya murah. Pernuatan mereka seumpama ini telah menyebabkan masalah ini semakin berleluasa bagai cendawan tumuh selepas hujan.
Akhir sekali, pihak berkuasa harus mengambil langkah yang lebih tegas dengan membuat pemantauan yang lebih kerap bagi mengatasi masalah ini denagan sepenuhnya. Kita juga tidak digalakkan membeli cakera padat cetak rompak dan harus membeli yang asli. Jika kita tidak membelinya, mustahil peniaga cakera padat dapat melariskan jualan mereka.
Comments
Post a Comment