"Berbuat Istana Zaman Dahulu":Maksud, Tema dan Persoalan
Maksud
Tema
Seloka "Berbuat Istana Zaman Dahulu" bertemakan ketaatan dan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Rakyat yang setia bersungguh-sunguh menunjung titah raja dengan membina dan menyiapkan istana raja. Istana itu dikelilingi dengan parit dan tembok yang mengambil masa selama tujuh bulan tujuh purnama untuk disiapkan . Istana agam raja yang tersergam itu juga dihiasi dengan kehalusan seni ukiran dan keunikan seni binanya yang tiada tolok berbanding pada zaman itu.
Persoalan
- Rangkap1: Raja menintahkan orang besar beremapat untuk membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok. Keempat-empat prang besar yang setia dan taat terhadap perintah raja memangil Pawang Raja. Kemudian, Pawang Raja telah mengerahkan empat puluh empat tukang mahir bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana.
- Rangkap2: Setelah mengambil masa selama tujuh bulan dan tujuh purnama, akhirya istana yang dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina. Istana yang besar tersergam itu mempunyai sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.
- Rangkap 3: Istana yang dibina itu juga mempunyai tiga sudut yang menempatkan lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja lela dan bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang istana bermotifkan ular berang, kasau kecil bermotifkan puteri menyembah, dan kasau lentik bermotifkan helang terbang
- Rangap 4: Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di samping motif haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti ular, layang-layang, dan sebuku garam.
- Rangkap5: Sebaik-baik sahaja istana itu siap dibina, tukang yang ditugaskan untuk membina istana itu meninggal dunia. Tiada seorang pen tukang yang lain dapat meniru kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak tersebut. Istana yang hebat itu telah diserahkan kepada raja dan pemaisuri.
Tema
Seloka "Berbuat Istana Zaman Dahulu" bertemakan ketaatan dan kesetiaan rakyat kepada pemerintah. Rakyat yang setia bersungguh-sunguh menunjung titah raja dengan membina dan menyiapkan istana raja. Istana itu dikelilingi dengan parit dan tembok yang mengambil masa selama tujuh bulan tujuh purnama untuk disiapkan . Istana agam raja yang tersergam itu juga dihiasi dengan kehalusan seni ukiran dan keunikan seni binanya yang tiada tolok berbanding pada zaman itu.
Persoalan
- kegigihan dalam melakukan tugas.
- kesetiaan rakyat tanpa berelah bahagi kepada pemerintah
- kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina
- Tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyat
- Ketelitian dalam reka bentuk istana
Comments
Post a Comment