Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus
Maksud Sajak
- Rangkap 1; Penyajak menghantar anak dara suntinya ke tempat baharu yang jauh erbeza kehidupannya supaya anaknya itu meimba ilmu dan pengalaman di menara gading.
- Rangkap 2: Penyajak melepaskan anak dara suntinya untuk mengenali kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran serta memerlukan pertimbangan akal yang waras.
- Rangkap 3: Penyajak mengingatkan bahawa kehidupan di kampus bukan sahaja penuh dengan ilmu pengetahuan, bahkan juga sarat dengan dugaan yang oleh menghanyutkan budi pekerti dan meninggikan ego.
- Rangkap 4; Penyajak menasihati anak dara suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan baharu. Penyajak berharap agar anak dan suntinya itu tidak pulang dengn kedukaan dan kegagalan.
Tema
Sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus" bertemakan nasihat ibu bapa kepada anak-anak gadis yang menyambung pelajaran di institiusi pengajian tinggi. Penyajak , iaitu lelaki kecil menasihati gadis desa yang masih sunti dan membesardi kawasan sawah bendang agar berhati-hati sewaktu hidup dikampus. Lelaki kecil itu berharap agar si gadis memperoleh kejayaan dan tiak kecewa dalam mengejar cita-cita.
Persoalan
- Perbezaan kehidupan di desa dengan kehidupan di kampus.
- Harapan seorang ayah supaya anaknya dapat menikmati peluang untuk menimba ilmu di menara gading.
- Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadissuntinya untuk menuntut ilmu di menara gading.
- Kehidupan di kampus banyak cabaran.
- Keegoan yang mengetepikan pekerti.
- Kebijaksanaan untuk menghadapi cabran dan dugaan dalam kehidupan di kampus.
Bentuk Sajak
- Berbentuk bebas
- Terdiri empat rangkap
- Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, Rangkap pertama mengandungi lapan baris, rangkap kedua enam baris, rangkap ketiga juga enam baris, dan rangkap keempat mengandungi lima baris.
- Jumlah patah perkataan dalam setiap baris juga tidak sama , iaitu antara tiga hingga enam patah kata dalam satu baris.
- Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lima hingga lima belas suku kata.
- Rima terakhir sajak ialah rangkap pertama:aabcaade, rangkap kedua: abcdef, rangkap ketiga: abcdeb , dan rangkap keempat:abacd
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
- Pemilihan diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu Indah dan berkesan. Contohnya:i.memesrai azimat dan tangkal-rangkap 1, baris 7. ii. menongkah awan perak dan kabut dingin-rangkap 2, baris 3. iii. tumbuh gunnung ego menghalau pekerti- rangkap 3, baris 6. iv. menongkah awan mulus dan kabus dingin - rangkap 4, baris 2
- Antara unsur gaya bahasa yg terdapat dlm sajak termasuklah.
- Personifikasi .CTH: hadir sihir angin bernafas api-rangkap 3, baris 2. tumbuh gunung ego menghalau pekerti - rangkap 3, baris 6
- Unsur alam: angin , burung putih, kabut, sembilu , dan kabus
- Penggunaan bahasa klasik : Bumantara, sunti, azimat, tangkal, pekerti, dan mulus
3. Antara unsur bunyi yg digunakan adalah:
- Asonansi
Perulangan bunyi huruf vokal dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi semasa membaca sajak.
i. perulangan bunyi vokal a
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
ii. bunyi vokal i.
hadir sihir angin bernafas api
iii bunyi vokal u
Kulepaskan kau menjadi burung putih
iv. perulangan bunyi vokal e
menyelit antara sembilu nasib
- aliterasi
perulangan bunyi huruf konsonan dalam sajak ini telah menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberi kesan pada emosi semasa membaca sajak.
Contohnya:
I. Perulangan bunyi konsonan K
Kuantar kau mengecappi angin baru
II. Bunyi konsonan s
dengan suasana suntimu
Nada
- Nilai keberanian: cth, keberanian penyair seorang bapa yg melepaskan anaknya utk menuntut ilmu
- Nilai kasih sayang: Cth, penyair sebagai bapa amat sayang aka anak gadisnya
- Nilai baik hati: Cth, penyair sebagai bapa bersikap baik hati dengan memberikan nasihat kepad anak gadis suntinya yg berada jauh di kampus.
- Nilai kecekalan:Cth, anak gadis sunti dinasihati oleh bapanya agar cekal menghadapi cabaran dan dugaan dikampus.
Pengajaran
- Kita mestilah bersikap berani untuk melepaskan anak-anak demi kebaikan masa depan.
- kita hendaklah memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak agar mereka sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya.
- Kita mestilah bersikap baik hati supaya orang disekiling kita mendapat manfaat apabila mereka berada di sisi kita.
- kita haruslah cekal dengan segala cabara agar matlamat yang ditetapkan tercapai
Comments
Post a Comment