Cinta Ahmad Mutawakkil: Tema dan Persoalan

Tema

  1. Cerpen "Cinta Ahmad Mutawakkil" bertemakan kegigihan dan keberanian seorang pemuda yang sanggup berkorban nyawa demi perjuangannya untuk menuntut kemerdekaan tanah air.
  2. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang nasionalis melayu paling mudah yang gigih dan berani menuntut kemerdekaan dariapada serangan pengganas komunis dan penjajah Inggeris yang mengancam keselamatan masyarakat dan tanah air.
Persoalan
  1. Kasih sayang sebagai tali pengikat hubungan antara anggota keluarga. Contohnya, Tuan Booth amat menyayangi ahli keluarganya apabila dia bertindak membawa mereka berpindah sebelum kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu
  2. Ketabahan dalam mengaharungi pelbagai kesulitan semasa zaman perang. Contonya penulis dan penduduk kampung tabah mengharungi pelbagai dugaan dan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun dan PKM yang mengganas.
  3. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri pejuang. Contohnya, Ahmad Mutawakkil menggesa rakyat agar bersama-sama berjuang untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah inggeris dan anasir komunis.
  4. Kisah percintaan yang mendalam. Contohnya, Sandra amat menyayangi Ahmad Mutawakkil sehingga sanggup kembali semula ke banglo peniggalan bapanya setahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
  5. Kerjasama yang erat dalam masyarakat perpaduan dan keselamatan penduduk. Contohnya, masyarakat kampung penulis berkerjasama mencari dan menjejaki kehilangan Ahmad Mutawakkil.
  6. Kekejaman dan kezaliman pihak pengganas terhadap masyarakat. Contohnya, serangan maut pengganas komunis telah mengorbankan tiga orang pengurus berbangsa Inggeris dalam serangan berkembar di Estet Ephill dan di Estet Sungai Siput

Comments

  1. ayat dan kosa kata yg jelas dan mudah untuk difahmi

    ReplyDelete
  2. Highlight warna jingga terang yang menyakitkan mata

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus

Silir Daksina : SINOPSIS (FULL)

Kerja Kursus Kersusteraan Melayu Komunikatif: Multimedia; KIsah Bermula di Bukit Siguntang