Cara mendaftar BSN internet banking

Cara mendaftar BSN internet banking .

Mendaftar MYBSN dan dapatkan I-PIN di mesin ATM

1. Anda perlu pergi ke mesin ATM BSN berdekatan dan cucuk kad BSN.
2. Pilih perbankan SMS/Internet, dan kemudian tekan pada pendaftaran internet.
3. Masukkan nombor telefon anda yang sah. Nombor telefon nie perlu apabila anda meminta TAC number (transaction authorisation code) di website myBSN.
4. Anda perlu memasukkan nombor I-PIN sebanyak 6 angka. Pilih sendiri nombor yang anda mahu. Nombor I-PIN ini akan digunakan apabila anda mendaftar di website myBSN selepas ini.
5. Selepas pendaftaran I-PIN anda berjaya, anda boleh proceed kepada langkah seterusnya, iaitu mendaftar di website WWW.MYBSN.COM.MY

Mendaftar di website MYSBN

1. Sila masuk website http://www.mybsn.com.my untuk proses pendaftaran. Bookmark link ini jika perlu.
2. Tekan pada link, first time registration. Masukkan No kad ATM (tengok pada kad anda, ada 16 digit no akaun) dan masukkan MyBSN I-PIN yang anda buat tadi. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan.

3. Masukkan username, password dan pilih gambar. Gambar tu tujuan dia untuk online authentication, dan anda disarankan tukar gambar baru setiap sebulan.Gunakan kombinasi huruf dan nombor contoh : konoha123
4. Tahniah, proses pendaftaran kali pertama anda telah selesai.
5. Selepas login kali pertama, anda kena isi beberapa butiran peribadi seperti nombor telefon, alamat dan sebagainya.
6. Proses pendaftaran selesai dan anda sudah boleh menggunakan perbankan internet melalui MyBSN.
sumber : cara mendaftar bsn online

Comments

  1. Knpa kalau dah daftar..sya tunggu dia send cod otp Kat number tk dpt pagi smpai skrng kode dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus

Silir Daksina : SINOPSIS (FULL)

Monkey D. Luffy/Relationships