Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur SINOPSIS NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur SINOPSIS NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR
BAB 1
Bab ini mceritakan latar
blkang hbungan pniagaan En Mahammad,pengarh urusan Firma Serba Dagang
Internasional,ank syarikat Tan Enterprise dgn Datuk Tan.DT sgt mengagumi
kblehan dan khebtan EM sbgai seorg ank mlayu dlm mnguruskan pniagaannya.Mahani
mpersilakan DT ke pjbt EM smntara mnanti kdtangan EM.Wlaupn menunggu org bknlah
kbiasaan bgnya sbgai seorg pngarah,nmun dgn rkn kongsinya EM,DT snggp btlak
ansur dmi kpntingan pniagaannya.Di dlm pjbt EM,DT bgitu kgum dgn plihan prabot
& kmudhan komunikasi mden.Nmun, yg lbh mngagumkan DT ialah bkat EM dlm
phubngan dgn plbgai org yg dprlukannya.Stersnya DT mlihat gmbr arwah Orang Kaya
Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman,ayh kpd EM.ktokohan gmbr tsbt mnyebabkan
rsa ingn thu DT tntng sejrah EM.Nmun,hsrat DT btangguh apbila EM ingn
mbincngkan dhlu soal pniagaan.Brita tntng kjyaan EM mdp tender mbkalkan lada
hitam ke Jerman slma 7thn mngagumkan lg DT pd EM sbgai seorg audgar melayu yg
beribawa.Stlah DT pergi,EM memnggil setiausahanya,Mahani utk mngmbil pesanan.EM
sbnrnya bangga dgn Mahani yg sopan,cekap,sederhana &jelita.Wlau bgaimnapn
EM sedr bhwa Mahani ialah ank shbtnya,oleh itu dia mhu setiausahanya itu
memanglnya pakcik utk mngelakkan sbrang perasaan tdk baik pd dirinya.
BAB 2
Melalui sbuah lporan yg
dbcanya,DT mngetahui bhwa Orang Kaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman bin
Bendahara Muda,adalah org besr wlyah yg ptama bkongsi bniaga dgn org2 Cina dlm
prusahaan mlombong bijih timah.Menurut lporan tsbt,keluarga EM mewrisi gelran
Orang Kaya Indera yg suatu ms dhulu sgt bkuasa di daerah Tualang.Orang Kaya
Indera Datuk Muhammad Saman iaiu dtk kpd EM mrupakan saudgr bijih timah yg
kaya-raya.Tetapi stlah beliau mninggal dunia,perusahaan perlombongan itu tpksa
dhentikan apabila tdpt campur tngan kongsi2 gelap.Kemudian phak kerajaan tlh
mbuka kmbali kwsan plombongan tsbt dgn mbnrkan sebuah syarikat dr Australia
mengusahanya.Slps perang,lombong tsbt dkndalikan smula oleh Datuk Idris iaitu
ayh kpd EM scra bkongsi dgn org cina ttp akhirnya pniagaan itu tpksa ditutup
jua.Usaha mlombong itu tdk dterukan krn ank sulung keluarga itu iaitu Phulu
Mahmud tdk mpunyai inisiatif mngusahakannya.DT juga bcadang mdpt pkenan Sultan
& strusnya mlantik EM mngmbil alih glaran Orang Kaya Indera di daerah
Tualang yg tlh dwarisi keluarga itu sejk sekian lama.DT memikrkan keuntungan yg
bakal dperolehnya skiranya EM dianugerahi glran Orang Kaya Indera & mjdi
penguasa di daerah Tualang.Walau bgaimanapn,Dtin Tan sbliknya msih meraguinya
khebtan org2 mlayu dlm pniagaan.Nmun DT menegskn bhwa kehdran org mlayu dlm
dunia pniagaan sdh lma ttp tlh dptskn dpd tradisinya olh Inggeris yg ingn
mjajah TM & bkonsi dgn org2 cina utk mengaut keuntungn dpd hasil bumi
negeri ini.Oleh itu,DT kmbli mjalinkn pkongsian pniagaan dgn org2 melayu spt EM
agr kedudukn mreka trs tjalin.Dtin Tan yg bgn lwt pd esk hrinya merasa
kesunyian krn kedua-dua org anknya tdk ada dsmpingnya.Ank bngsunya,Lily sedng
bljr di UM dlm thun ptama & tinggl di arma.Mnalaka ank sulungnya Robert
23thn,sedng mlnjutkn peljrnnya di London dlm bdang Kejuruteraan Lombong.
BAB 3
Ali tkang kbn di rmh EM mnyerahkan spcuk srt
kpd Cik Puan Tipah iaitu isteri EM yg dkaguminya.Cik Puan Timah yg menerima srt
tsbt thu bhawa srt dr kmpung suaminya itu tntu shj mbwa brita mengenai hal
ehwal keluarga di kg.Kehdran srt itu mnyebbkan Cik Puan Tipah tkenang kmbli
pmulaan khidpan dgn EM shingga dia mjdi tumpuan dlm keluarga suaminya yg bsr
kini.Srt tsbt yg dtls oleh ank buah suaminya ,Jahid iaitu ank Phulu
Mahmud,mberithu hal tntng kenyataan pgawai ptanian daerh bkenaan bsesuaian tnh
mereka utk tnaman orkid.Jahid juga mnyaakn perihal ayhnya Phulu Mahmud yg smkin
tmkkan wang & mnyangka ayhnya bniat mjual tnh pusaka mereka.Selesai mbca
srt tsbt Cik Puan Tipah tringat pkmbangan srt2 ank sulungnya,Rahim yg sdng
mnuntut di luar ngara yg kerap mnulis tntng kmerosotan moral mnusia
kini.Keplngan ank bongsunya,Ana(Rohana), 16 thn mnyebbkan Cik Puan Tipah
mlupakan soal srt dpd Jahid itu.Di sblh ptg.Mahani stiausaha EM dtg mlawat
keluarga Cik Puan Tipah.Kehran Mahani sgt dsenangi oleh Cik Puan Tipah yg
tpikat dgn kesopanan & bui bhsanya.
BAB 4
Bab ini mcertakan ltr blakang dri &
keluarga Mahani iaitu ank kpd Tan Sri Syed Aris.Mahani sbnrnya ank kpd Tan Sri
Syed Aris dgn isteri ptamanya Sharifah Naimah yg meninggal dunia ketika melahirkan
Mahani.Stahun slps itu,ats nshat ayhnya(walid),Syed Aris tlh mengahwini adk kp
Sharifah Naimah iaiu Sharifah Mu’inah walaupn pd awlnya mereka x dpt mnerimanya
ttp krn patuh pd perinth walid mereka bsetuju akhirnya.Kini,Mahani sdh berusia
21 thn & spt thn2 yg lalu mereka merayakan hari jadinya.Nmun stiap kalinya
menymbt hri jdi Mahani,Puan Sri Sharifah Mu’inah & Tan Sri Syed Aris akn
tkenang kmbli pkahwinan mereka.Syarifah Mu’inah juga memikrkan soal jdoh
Mahani.Dia merasakan pergaulan rpt Mahani dgn Jahid adalah 1 keserasian di
smping pnerimaan keluarga Jahid pd ank gadisnya itu.Persoalan pkahwinan ini
mnimbulkan pula psoalan tntng kufu.Pd mlm itu,Mahani juga memikirkan tntng
pkembangan drinya terutama psahabatannya dgn Rahim,Robert serta kini,Jahid.
BAB 5
Pekan Tualang tlh bsiap sedia mnyambut
kdatangan Sultan yg akn mlawat kg itu smpena hari kputeraan bgnda.Perayaan
smbtan itu akn diadakan selama 2 hari.Penghulu Mahmud yg sblmnya ingn mjual
bhgian tnh pusaka keluarganya gn kerjasama Tauke Chan & Yang Berhormat Muhd
Yusuf,tlh b’belah bg memandngkan wjudnya pnentangan pd ank2nya sndr iaitu Jahid
& Jamilah.Phulu Mahmud kini berasa kgum dgn pmikiran anknya,Jahid yg snggp
mptahankan tnh pusaka tsbt walaupn anknya itu sbnrnya tdk bsekolh tinggi.Hal
ini juga mjd 1 kekesalan bg Phulu Mahmud krn tk mbrikan pdidikan yg lbh baik
kpd Jahid & Jamilah.Phulu Mahmud juga berasa kesal thdp Yang Berhormat Muhd
Yusuf yg seolah-olah mcuba mpengaruhinya utk mjual harta org mlayu demi mdptkan
keuntungan peribai.Nmun ia lbh mnyesali skapnya yg mdh dpengaruhi oleh wang
& kekayaan.Hal ini juga mnyebbkan Phulu Mahmud mlupakan niatnya utk memohn
gelran Orang Kaya Indera dpd Sultan.EM dtg ke rmh abgnya utk mngatakan hasrat
isterinya mbuka laang orkid.Phulu Mahmud brasa tkilan krn kwsan itulah yg tlh
dibncangkan bsama Tauke Chan & Yang bhormat Muhd yusuf utk mbangunkan kwsan
rmh murah.EM btemu dgn seorg kwn lama yg mceritakan kpdnya tntang masyarkat kg
yg mih lagi hidp lm kemiskinan.Kg tsbt jauh ketinggalan dpd pbangunan &
kemudhan asas.Pduduknya pula tdk mampu berusaha kearah itu krn hnya bgantung pd
pkerjaan tradisi.
BAB 6
Sudin,seorg broker &
wkil kpd Yang Berhormat Muhd Yusuf bsma pmandunya,Sarip meninjau-ninjau kwsan
tnh milik keluarga Phulu Mahmud.Di smping itu,Sudin ingin bjumpa dgn Ali yg
sdang mengetahui pbersihan tnh utk mbuka ldang orkid yg akn diusahakan oleh Cik
Puan Tipah.sblm plang ke rest house sudin & sarip bhenti rehat di Jeram
Medang.sudin mdpt tahu bhwa tnh mlik keluarga Phulu Mahmud tlalu luas sehingga dpt
menampung kewujudan pkampungan kcl.pnduduk kg yg tdk mpunyai tnh tpksa ddk
menumpng di tnh tsbt & tdk kurang juga bkerja dgn Phulu Mahmud.sudin
sbnrnya mpunyai tgs pnting iaitu mbantu Yang Berhormat Muhd Yusuf mjlnkn suatu
projek pbangunan utk mdirikan rumah murah bg pnduduk kg,khasnya mereka yg duduk
menumpang di ats tnh keluarga Phulu Mahmud.projek tsbt adalh ats usaha sama dgn
Tauke Chan sbgai pemodal utama dgn mlibtkan tnh di Jeram Medang milik keluarga
Phulu Mahmud.
Bab 7
Pertemuan Sudin dan Sarip
dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf adalah untuk melaporkan maklumat yang
diperoleh mereka sewaktu ke Jeram Medang tempoh hari. Yang Berhormat Muhd.
Yusof tidak berpuas hati dengan kenyataan mereka bahawa tanah di Jeram Medang
itu akan digunakan untuk tanaman orkid yang akan diusahakan oleh Cik Puan Tipah
kerana berita itu telah pun diketahui olehnya. Sudin mengetahui motif Yang
Berhormat Muhd. Yusuf yang sebenarnya. Projek perumahan rumah murah yang ingin
diusahakan untuk penduduk kampung itu sebenarnya adalah untuk kekuatan
politiknya di wilayah Tualang. Manakala Tauke Chan ingin menambahkan kekayaan.
Disamping itu, bagi tujuan dirinya sendiri pula, Sudin berhasrat untuk mendapat
pertolongan daripada Yang Berhormat Muhd. Yusuf untuk melunaskan
hutang-hutangnya yang banyak. Kini tugas Sudin hanya mencari jalan bagaimana
untuk menghadapi keluarga Penghulu Mahmud kerana projek perumahan itu
melibatkan tanah pusaka keluarga tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf
mengharapkan kelancaran dan kejayaan projek perumahan itu kerana hal ini akan
menentukan kelangsungan politiknya dalam pilihanraya akan datang dan seterusnya
akan menjaminnya terus berkuasa di Tualang. Namun, Yang Berhormat Muhd. Yusuf
berasa gusar kerana ada tanda-tanda usaha tanaman orkid itu akan menjadi penghalang
kepada projek perumahan tersebut. Selanjutnya, Sudin mencadangkan kepada Yang
Berhormat Muhd. Yusuf agar menggunakan taktik menghasut orang kampung yang
menduduki tanah Penghulu Mahmud untuk menuntut hak milik mereka. Walau
bagaimanapun, Yang Berhormat Muhd. Yusuf kurang bersetuju.
Bab 8
Mesyuarat Pengarah Firma
Dagang International yang turut dihadiri oleh Tan Sri Syed Aris sebagai
Pengarah Eksekutif telah membincangkan projek pembukaan ladang lada hitam di
Johor. Dalam mesyuarat itu, EM mengingatkan Tan Sri Syed Aris supaya tidak
menyamakan falsafah perdagangan dengan falsafah politik dan perkauman.
Seterusnya, pertemuan EM dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf telah menyelesaikan
dilema dan perasaan buruk sangka selama ini. Kedua-dua mereka mempunyai niat
yang berbeza dalam hal pembangunan tanah di daerah Tualang tetapi mempunyai
persamaan untuk membangunkan kawasan tersebut disamping memajukan penduduk di
daerah tersebut. Yang Berhormat Muhd. Yusuf menerangkan kepada EM keinginannya
memajukan penduduk wilayah Tualang. Secara kebetulan Tauke Chan ingin memberi
kerjasama mendirikan rumah-rumah murah tersebut dengan syarat dibenarkan pula
membina rumah teres dua tingkat untuk orang-orang Cina yang duduk menyewa di
Pekan Tualang. Penghulu Mahmud pula bersetuju untuk menjual sebahagian daripada
tanah pusaka keluarganya di Jeram Medang untuk tujuan itu. Pada awalnya, Yang
Berhormat Muhd. Yusuf menyangka bahawa EM cuba menjadi penghalang kepada
rancangannya kerana projek tersebut hendak dilaksanakan diatas tanah yang
sekarang ini sedang diusahakan ladang orkid milik isteri EM. Dalam pertemuan
itu, EM pula ingin mencari kepastian tentang sangkaan Penghulu Mahmud, iaitu
abangnya tentang niat jahat Yang Berhormat Muhd. Yusuf membangunkan wilayah
Tualang. Pada hakikatnya, Yang Berhormat Muhd. Yusuf mengambil kesempatan atas
kesediaan Tauke Chan membiayai projek perumahan tersebut. Persefahaman yang
wujud antara Yang Berhormat Muhd. Yusuf dan EM telah membuka lembaran baru bagi
kedua-dua untuk membangunkan perniagaan dan era politik masing-masing.
Bab 9
Kehadiran Mahani ke bilik
pejabat EM disedarinya melalui minyak wangi Mahani tetapi dia berpura-pura
tidak menyedari akan kehadiran setiausahanya itu. EM sebenarnya ingin tahu
daripada Mahani tentang surat berbentuk peribadi daripada Rahim, anaknya yang
dialamatkan kepada pengarah urusan. EM cuba menduga Mahani berkenaan surat
tersebut tetapi Mahani berpura-pura tidak mengetahui akan kandungan surat itu
walaupun sebenarnya dia telah membacanya. Walau bagaimanapun, EM meminta Mahani
membaca surat itu dan memberikan pendapatnya tentang kandungan surat tersebut
pada keesokkan hari. Sementara itu, EM pula memikirkan tentang keganjilan
surat-surat daripada anaknya, Rahim, sejak kebelakangan ini yang sering
menyindir orang kaya dan meruntuhkan moral manusia kini. Walau bagaimanapun,
sebagai ayah, dia menyarankan Rahim menumpunkan perhatian kepada pelajaran
dulu.
Bab 10
Mahani berada dalam
keadaan bingung, resah, dan serba salah. Pelbagai persoalan muncul di mindanya.
Kenapakah dia dulu teringin sekali menjadi setiausaha? Adakah tubuhnya masa
cantik setelah berusia 30 tahun? Apakah sudah tiba saatnya dia mempunyai
kekasih? Bagaimanakah perasaannya terhadap Rahim, Robert, Jahid, dan EM?
Sebelum itu, niat Mahani untuk menjadi setiausaha ditentang oleh ayahnya, Tan
Sri Syed Aris. Setelah tamat kursus, Mahani terpaksa menganggur selama enam
bulan sebelum menjadi setiausaha kepada EM setelah Mary setiausaha EM yang amat
terkenal, cekap, dan cantik, berhenti kerja. Mahani amat gembira dan
melaksanakan tugas-tugasnya dengan baik. Secara diam-diam, Mahani mula tertarik
dengan ketokohan majikanny. EM seakan menyedari keadaan tersebut lalu
mewujudkan suasana kekeluargaan dengan meminta Mahani memanggilnya ‘pak cik’.
Walaupun hatinya hampa, tetapi diaakhirnya mengerti tujuan EM itu. Sepanjang
malam itu, Mahani sukar untuk tidur. Surat Rahim dari London yang ditujukan
kepada ayahnya iaitu EM yang juga menyentuh tentang dirinya turut mengganggu
fikirannya. Mahani juga memikirkan tentang hubungan dan perasaannya pada Rahim
juga kehadiran Jahid kini, sehingga dia tertidur dan bermimpikan tentang Rahim,
Robert serta Jahid. Pagi itu, Mahani menunggu walidnya untuk mendapatkan
pandangan tentang surat Rahim tersebut. Namun, walidnya telah pergi dulu
bertemu dengan EM. Keganjilan surat Rahim itu juga menjadi tanda tanya kepada
Syarifah Mu’inah. Syarifah Mu’inah ingin mengetahui pendapat anaknya Mahani
tentang EM dan bentuk hubungan dengan majikannya itu. Mahani memberi tahu
bahawa sikap EM padanya sebagai seorang ayah. Seterusnya Syarifah Mu’inah
menasihati anaknya agar tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada EM. Nasihat ini
menyebabkan Mahani memikirkan kembali perasaannya yang sebenarnya dan kedudukan
dirinya. Seterusnya dia tidak dapat memberikan pendapat apabila menerima
panggilan telefon daripada walidnya yang kini sedang menunggunya di pejabat
bersama EM.
Bab 11
Sudin pulang ke
kampungnya setelah 15 tahun membawa diri kerana kecewa dengan kekasihnya, Gayah
yang berkahwin dengan lelaki lain. Ibu bapanya tidak berani melamar Gayah
disebabkan keluarganya dikatakan telah menderhaka kepada keluarga kekasihnya
dahulu. Sudin singgah di kedai Pak Salim, sahabat ayahnya sejak kecil dan cuba
mencari maklumat mengapa ayahnya terlalu marah terhadapnya. Sudin
bertanya-tanya apakah kesalahannya, hinggakan anak-anak muda di kampungnya juga
seakan-akan menjauhkan diri daripadanya. Sudin amat kecewa dengan keadaan
tersebut dan berhasrat untuk berhijrah semula ke Kuala Lumpur. Pak Salim
menasihatinya agar tinggal di kampung memandangkan kedua-dua ibu bapanya sudah
tua dan berharap dia dapat mengembalikan kesejahteraan kampung. Sudin sedar dia
sudah banyak melukakan hati ibu bapanya. Ayahnya, Imam Saad seorang yang
dihormati di Kampung Pulai. Sudin tidak warak seperti ayahnya. Dia berkahwin
dan bercerai tanpa memberitahu ibu bapanya. Dia pernah melakukan
perkara-perkara yang salah di sisi agama selama dia menghuni kota Kuala Lumpur,
menjadi pemabuk, menjadi broker yang menjualkan banyak tanah orang kampung
bahkan pernah menjual politik untuk mendapat kepercayaan daripada orang-orang
politik sepert Yang Berhormat Muhd. Yusuf. Namun, akhirnya dia sedar tentang
kesilapan diri. Justeru, timbul kekuatan dalam dirinya untuk berhadapan dengan
ayahnya. Dia percaya ibu bapanya masih sayang kepadanya. Dia harus membuktikan
bahawa dia bukan jahat. Dia bertekad untuk membangunkan kampung mereka.
Bab 12
Kepulangan Sudin pada
mulanya disambut dingin oleh ibunya, Mak Minah kerana ketika itu ibunya sedang
memasak untuk makan tengahari. Sementara menunggu makanan tengahari, Sudin dan
ibunya bersama-sama memakan roti canai yang telah dibeli oleh Sudin. Sudin
difahamkan bahawa ayahnya, Imam Saad akan balik selepas Zohor. Sambil makan,
Sudin bertanya kepada ibunya tentang Gayah. Ibunya seakan-akan tidak percaya
dengan pertanyaan Sudin kerana menyangka Sudin lebih tahu ke mana Gayah pergi.
Sudin amat terkejut apabila mengetahui bahawa kononnya dialah yang menjadi
menyebab Gayah lari dari kampung. Kini, dia sudah mendapat jawapan mengapa ayahnya
begitu marah terhadapnya. Imam Saad bergegas balik setelah diminta oleh Mak
Minah. Pada mulanya, timbul ketegangan apabila Imam Saad bertanya tentang
khabar angin yang didengarnya bahawa anaknya, Sudin yang menyuruh Gayah lari
dari rumah dan berjanji akan mencari kerja di Kuala Lumpur nanti, tetapi Sudin
menyangkalnya dan tidak menafikan bahawa dia memang mempunyai hati terhadap
Gayah sejak dahulu lagi. Sudi juga mempersoalkan mengapakah ibu dan ayahnya
begitu yakin tidak diterima oleh keluarga Gayah sedangkan mereka berlumpun
mencuba untuk merisik. Akhirnya, Imam Saad menceritakan bahawa bukan mereka
tidak mahu meminang Gayah, tetapi keturunan mereka iaitu daripada moyangnya
Lebai Maali, seorang ahli agama dan dihormati dikatakan telah menderhaka kepada
Orangkaya Datuk Indera Mat Saman, keturunan kekasihnya apabila tidak
membenarkan orang kampung menuntut bela orangkaya tersebut. Walau bagaimanapun,
Imam Saad tidak melarang sekiranya Sudin berkahwin dengan Gayah setelah mereka
sama-sama menjanda dan menduda hampir sepuluh tahun, tetapi perkahwinan
tersebut biarlah dengan kerelaan keluarga Penghulu Mahmud serta dapat
menghapuskan permusuhan dan dendam terhadap keluarga mereka. Baginya
perkahwinan mestilah menghubungkan silaturrahim, bukan merenggangkan.
BAB 13
Yang Berhormat Muhd.
Yusuf dan Jahid telah melawat Sudin di hospital kerana terlibat dalam satu
kemalangan pukul curi.Sudin mengetahui bahawa kemalangan yang dialaminya adalah
angkara Mat Akil dan kawan-kawannya yang menjadi samseng di Kampung Pulai.Mereka
berguru dengan Pendekar Omar iaitu seorang guru silat dari kedah yang telah
membuka gelanggang persilatan di Kuala.Pendekar Omar selalu mencabar
orang-orang yang dijumpainya terutamanya orang2 yang bergiat dalam Persatuan
Pemuda. Sudin juga mengesyaki bahawa Mat Akil lah yang telah
memfitnahnya,kononnya dia telah melarikan Gayah kerana dia tahu Mat Akil juga
menaruh hati pada Gayah .Ini terbukti pabila setiap kali Gayah berada di Pekan
Tualang atau Pekan Kuala,Mat Akil dan kawan-kawannyajuga ada di situ.Namun
Begitu ,Sudin tidak mahu melaporkan kejadian kemalangan tersebut kepada polis
kerana dia tidak mempunyai bukti yang kukuh. Sudin juga hairan,apabila YB MY
bersama Jahid yang datang melawatnya bukan bersama Tauke Chan .Tauke Chan telah
bersetuju dan memberinya wang kempen untuk dia memulakan rancangannya menghasut
penduduk yang menumpang di tanah Tuk Penghulu Mahmud supaya memberontak meminta
hak milik .Dia juga hampir berjaya memujuk TPM supaya menjualkan tanahnya di
Jeram Medang kepada Tauke Chan.Namun, kehadiran Jahid bersama YB MY menimbul
perasaan was-was pada Sudin tentang rancangan mereka dahulu bersama TC. Walau
bgaimanapun,Sudin sedar mungkin YB MY telah dipujuk oleh Encik Muhammad melalui
Jahid.Sudin mengandaikannya kerana dia tahu sikap YB MY yang bijak
mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri dan politiknya sahaja.
BAB 14
En.Muhammad Bin Idris
melakukan sembahyang sunat syukur dan sunat tahajjud memohon petunjuk dan
hidayat ,taufik dan bimbingan untuk kejayaan usahanya mengendalikan Syarikat
Lombong Lembah Tualang yang baru ditubuhkan.Dia juga cuba membuang prasangka
buruk terhadap En.Tan yang tiba-tiba ingin menjadi Pengarah Urusan Perusahaan
Lombong tersebut. Berdasarkan pelan perusahaan Lmbong yang akan di usahakannya
itu ,melibatkan satu kawasan yang luas,iaitu sepanjang Sungai
Tualang.Kebanyakannya hutan kecil tetapi termasuk juga Kampung Pulai yang
mengandungi kira-kira 150 buah rumah,sedikit sawah,dan kebun getah.Akan
tetapi,dia mengalami dilema,tersepit antara rasa kemanusiaan dan prinsip untuk
menjayakan rancangannya.Bagi memastikan kejayaan perusahaan lombong tersebut
,dia terpaksa mencari jalan supaya dapat membeli beberapa kawasan tanah
penduduk kampung dan bagaimana memujuk penduduk kampung agar berpindah ke rancangan
FELDA yang di usahakan oleh YB MY. Akhirnya,dia mendapat satu jalan iaitu
dengan mengambil hati penduduk Kampung Pulai .Pengisytiharaan pelantikan
abangnya,Penghulu Mahmud menyandang gelaran Datuk Orang Kaya Indera oleh Duli
Yang Maha Mulia yang akan di jalankan di Kampung Pulai,akan menjadi satu
penghormatan dan kemegahan kepada penduduk kampung dan seterusnya dapat dipujuk
untuk berpindah.
BAB 15
Mat Akil ke Kuala Lumpur
untuk mencari Gayah.Dia akan meminta bantuan kawannya,Kasim yang sedang bekerja
di Kuala Lumpur.Kasim adalah anak saudara En.Muhammad .Dia teringat peristiwa
dia bersama Kasim sewaktu bekerja sebagai penjaga kereta di Kuala Lumpur
dahulu,tetapi dia tertangkap dan dipenjarakan selama 3 hari.Selepas itu,dia
kembali semula ke kampung. Mat Akil berasa puas kerana berjaya menyekat langkah
Sudin yang menjadi saingannya untuk mendapatkan Gayah.Sudin yang dicederakannya
masih menerima rawatan di hospital.Dia amat yakin Sudin tidak akan diterima
oleh keluarga Gayah lagi kerana seluruh penduduk kampung percaya Sudin bukanlah
orang baik. MA teringat sahabatnya, Minah yang diperkenalkannya kepada Mr. Wong
.Oleh itu, dia bercadang untuk menemui minah dan Mr. Wong untuk mengharapkan
sedikit hiburan.Dia kemudian bertemu dengan Ali ,seorang atendan pemungut sewa
letak kereta, dan Ali memberi tahu bahawa Kasim sudah berhenti berkerja. Ali
kemudian membawa dia kerumahnya untuk bertemu dengan Atan yang tahu di mana
Kasim bekerja sekarang.Melalui Atan dia mengetahui bahawa Kasim kini bekerja
drebar kereta kepada seorang orang besar Melayu. Esoknya, sebelum sempat MA
bertemu dengan Kasim untuk menabur fitnah tentang Sudin,dia terlihat Sudin
bersama Jahid turun dari kereta yang dipandu oleh Kasim.Namun,dia meneruskan
hasrat untuk bertemu kawan lamanya itu .Daripada Kasim , dia mendapat tahu
bahawa kawannya itu sudah dua bulan bekerja dengan pak sunyu iaitu Encik
Muhammad setelah drebar lamanya ,Ali dilantik menguruskan kebun orkit Mak Sunyu
di Jeram Medang.
BAB 16
Dalam kepala Mat Akil
masih terbayang kembali kejadian di KL dua bulan yang lalu .Dia terkejut dan
amat kecewa apabila mengetahui Sudin sudah bekerja dengan En.Muhammad .MA tidak
dapat menerima hakikat bahawa Sudin berjaya juga berkhawin dengan Gayah yang
dikatakan lari dari rumah tetapi sebenarnya pergi ke rumah En.Muhammad, Pak
Sunyu di KL.Justeru, MA cuba menggagalkan perkhawinan Sudin dengan mengupah
seorang (budak) untuk membocorkan tayar bas yang akan dinaiki oleh rombongan
sudin ke Kuala Lumpur.tetapi budak tersebut hanya melepaskan angin tayar
sahaja. Kegagalan rancangan itu menyebabkan seorang daripada kawannya
mencadangkan agar mereka membuat huru-hara di Kampung Pulai,iaitu dengan
membakar kedai Pak Salim.Mat Akil tidak bersetuju kerana Pak Salim bukan musuh
mereka. Kemarahan Mat Akil terhadap Sudin bertambah apabila Pak Alangnya
sendiri memuji-muji tentang kebaikan Sudin.Oleh itu,dia merasakan punca
kecelakaanya sejak kecil sampai dewasa disebabkan oleh Sudin yang telah menjadi
saingannya sejak kecil. Petang itu,ketika kawan-kawannya sedang tidur,MA balik
kerumah mencuri duit tabung Mak Alangnya dan menceroboh rumah Imam Saad.Lantas
dia membuang najis di atas cadar tilam pengantin di bilik pengantin.
BAB 17
Rumah Besar kepunyaan
En.Muhammad meriah dan penuh gemerlapan. Semua keluarga En.Muhammad jauh dan
dekat berkumpul untuk memeriahkan upacara pernikahan Sudin dan Gayah.YB MY lah
yang telah mencadangkan agar Gayah dikahwinkan dengan Sudin.En.M menerima
cadangan tersebut kerana melalui perkahwinan tersebut memudahkan lagi
strateginya untuk memenangi hati orang kampung terutamanya mereka yang
berpengaruhi di Kampung Pulai.Dia juga berharap kesan-kesan persengketaan
keluarganya dengan keluarga Imam Saad akan terpadam.Strategi ini sebenarnya
telah di atur sejak awal lagi apabila YB MY dan Jahid datang melawat Sudin
ketika di Hospital untuk memperlihatkan tanda-tanda awal penerimaan keluarga
Penghulu Mahmud terhadap keluarga Imam Saad. Dalam majlis tersebut,En.M sengaja
memperlihatkan keramahan dan kemesraan yang berlebih- lebihan terutama terhadap
Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan walaupun dia sedar bahawa dia seperti sedang
berlakon. Walau bagaimanapun,dia tidak berniat jahat apabila ingin memiliki
tanah orang Kg.Pulai untuk dilombongkan kerana mereka akan diberi pampasan yang
setimpal serta bantuan.
BAB 18
Sudin menerima jawatan
penting iaitu sebagai Pegawai Perhubungan Raya dalam Syarikat Lombong Lembah
Tualang.Tugasnya bermula dengan menjadi pengerusi untuk menguruskan dan
menyelenggarakan perayaan menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan ke
Kampung Pulai untuk mengisytiharkan perlantikan Penghulu Mahmud menyandang
gelaran Datuk Orang kaya Indera.Sebenarnya pengurusan dan penyelenggaraan
perayaan sambutan itu di laksanakan di bawah arahan pengerusi Syarikat Lombong
Lembah Tualang.Oleh itu,Pegawai Dearah telah bersetuju supaya Jawatankuasa
Kemajuan Kampung melantik beberapa orang daripada Penghulu Mahmud terlibat
dalam Jawatankuasa Perayaan tersebut. Sudin di lantik sebagai Pengerusi
Jawatankuasa Perayaan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang di pengerusikan
oleh Tuk Empat Dhlan.Jahid menjadi Setiausaha, Pak Salim pula bertindak sebagai
Bendahari yang juga Bendahari Jawatankuasa Kemajuan Kampung,Tuk Empat Dahlan
dan Imam Saad sebagai penasihat,semantara Tuan Pegawai Dearah sendiri sebagai
penaum.Jamalu ddin pula di lantik sebagai salah seorang daripada Ahli
Jawatankuasa.Nama Mat Akil dan kawan-kawannya juga telah di masukkan kedalam
senarai Ahli Jawatankuasa Kecil perayaan atas nasihat Encik Mohammad dan
ayahnya dengan tujuan ingin memikat hati dan tidak terus menyisihkan mereka
selain Sudin sendiri bertujuan untuk menjatuhkan Mat Akil.Penghinaan MA
terhadap keluarganya dengan menajisi cadar pengantin tidak dapat dimaafkan .Di
samping itu ,Sudin juga sedar bahawa Mat Akil juga mempunyai hak tanahnya di Kampung
Pulai dan juga anak saudaranya kepada anak Tuk Empat Dahlanyang
berpengaruh.Oleh itu,hati MA perlu di tawan untuk tidak menimbulkan punca
persengketaan dan seterusnya menyukarkan rancangan Pak Sunya,iaitu EN.M. Untuk
memudahkan kerjanya,Sudin membuka pejabatnya dengan menyewa sebuah bilik di
sebuah rumah kedai di Pekan Tualang sebagai wakil YB MY.Sudin juga sedar
setelah berumah tangga ,dia harus mula merancang tentang masa depannya.Untuk
itu,dia mesti Berjaya memenangi hati penduduk Kampung Pulai dan memastikan
kejayaan Syarikat Lombong Lembah Tualang.
BAB 19
Mahani kembali berutus
surat dengan Rahim sejak peristiwa “surat bersejarah” itu.Rahim juga mengutus
surat kembali kepada Mahani tetapi lebih menyentuh rancangan ayahnya yang ingin
melombong kg .Pulai .Justeru,Rahim dalam surat-suratnya membantah rancangan
ayahnya yang hendak membeli tanah di Kampung Pulai dan menghalau orang
kampung.Dia beranggapan bahawa penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang oleh
ayahnya itu satu penganiayaan kepada penduduk Kampung Pulai. Surat Rahim juga
meninggalkan persoalan kepada Mahani.Justeru untuk mengetahui perkara
sebenarnya sebelum Rahim pulang dan berkonfrontasi dengan ayah ,dia bercadang
untuk mengetahui perkara sebenarnya daripada Jahid sendiri tentang keadaan
sebenarnya Projek Syarikat Lombomng Lembah Tualang itu.
BAB 20
Sudin yang tiba di kedai
Pak Salim dengan segulung risalah telah dapat meredakan Mat Akil dan
kawan-kawannya serta Kemat Jerangkung daripada pergaduhan yang berpunca
daripada khabar-khabar angina tentang perpindahan mereka ke rancangan
FELDA.Sudin menyuruh Mat Akil dan kawan-kawannya mengedarkan setiap risalah
kepada semua penduduk kampung yang meminta seluruh orang kampung hadir sebelum
sembahyang jumaat untuk mendengar penerangan tentang perpindahan mereka ke
rancangan FELDA. Walau bagaimanapun,penduduk kampung belum mengetahui bahawa
kampung mereka akan di lombongkan kerana mereka hanya di beritahu tentang
perpindahan mereka ke tanah rancangan FELDA dengan tujuan untuk mengubah taraf
hidu mereka yang rata-ratanya hidup dalam keadaan miskin.Namun begitu,Sudin
yang diberi tanggungjawab untuk memujuk hati penduduk kampung sedar bahawa dia
harus memastikan seluruh penduduk kampung bersetuju untuk berpindah .Selepas
semuanya bersetuju , barulah Syarikat Perlombongan Lembah Tualang diberitahu
sebagai syarikat yang akan membantu membeli tanah mereka dan memberikan sagu
hati kepada mereka yang tidak mempunyai tanah.
BAB 21
Suasana meriah dan riuh
rendah di Surau Kampung Pulai yang akan menyambut kedatangan YB MY untuk
menerangkan tentang rancangan perpindahan mereka ke rancangan FELDA. Akan
tetapi , kehadiran EN.Muhammad dan Orang Kaya Datuk Indera Mahmud mengejutkan
Sudin kerana kehadiran merek tidak diberitahukan kepadanya . YB MY memberi ucapan
yang hanya menyentuh kebijaksanaan dan kemurahan hati En,Muhammad.En.Muhammad
pula memberikan ucapan yang juga memuji usaha YB MY menaikkan taraf hidup
penduduk Kampung Pulai.Seterusnya,keluarganya bersetuju memberikan sagu hati
kepada mereka yang mengerjakan tanah keluarganya serta dia sedang berusaha
dengan sebuah syarikat untuk membeli tanah penduduk kampung dan memberikan sagu
hati kepada mereka yang tidak mempunyai tanah. Ucapan Pak Sunya itu melegakan
Sudin yang pada mulanya agak kecewa dengan ucapan YB kerana tidak menerangkan
kedudukan tanah-tanah dan mereka yang akan berpindah ke rancangan menguruskan
hal berkaitan dengan tanah-tanah orang kampung pulai. Encik Muhammad
kemudiannya berjumpa dengan sudin,meminta menantu saudaranya itu memujuk ayahnya,Imam
Saad menerima pelawaan menjadi imam di pekan tualang dan menggalakkan Tuk Empat
dahlan memohon jawatan penghulu di Pekan Tualang.
BAB 22
Encik Muhammad dalam
pejalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kampung Pulai hairan degan Datuk Tan yang
tidak setuju dengan cadangannya untuk berkerjasama dengan sebuah syarikat
Inggeris dalam syarikat Lombong Lembah Tualang . En.Muhammad juga terus
mengatur strategi untuk memudahkan rancangannya memindahkan orang-orang kampung
dengan cara yang halus agar tidak wujud sebarang punca penentangan yang mungkin
akan maeyukarkan atau menggagalkan rancangannya. Oleh itu , dia cuba mamberikan
tumpuan kepada mereka yang berpengaruh seperti Tuk Empat Dahlan ,Imam Saad ,dan
Pak Salim agar tidak timbul sebarang ketidakpuasan hati daripada mereka. Oleh
itu , tugas untuk memujuk mereka telah diberikan kepada Sudin . Di rumah
,En.Muhammad menerima sepucuk surat daripada anaknya,Rahim .
BAB 23
Sani,sahabat Sudin
meminta bantuannya untuk meyakinkan pihak finance agar dia dapat membuat
pinjaman untuk membeli kereta dan dicagarkan kepada seorang saudagar untuk
menampung hutang yang lain.Akan tetapi,rancangan itu tidak di setujui oleh
Sudin kerana memgikut pelagamannya sebagai broker,pekerjaan Sani itu tidak akan
melepas kan dirinya terus daripada bebanan hutang.Oleh itu ,Sudin memcadangkan
agar sahabatnya itu berhenti daripada mengadi broker dan dia akan membantunya.
Sudin kemudian berjumpa dengan Pak Sunya untuk membincangkan perkara Sani yang
merupakan anak Imam Pekan Kuala yang memang ada dalam muslihat mereka untuk
dibersarakan agar tempat kosong itu dapat diganti oleh Imam Pekan Tualang dan
seterusnya Imam Saad dapat mengisi kekosongan Imam Pekan Tualang . Muslihat
Sudin ialah menawarkan Sani satu perjanjian hutang cagaran gerai tanah ayahnya
di Pekan Kuala dan mencari pekerjaan tetap untuknya.Tetapi Pak Sunyu pula
mencadangkan agar perjanjian itu diubah hanya dengan membuat perjanjian
berhutang dengan jaminan YB MY agar muslihat mereka tidak terbongkar.
BAB 24
Sementara itu, Jahid dan
Mahani berbincang tenteng Rahim yang akan pulang dari England dan ditawarkan
bekerja di Syarikat Lombong Lembah Tualang . Namun sebaliknya, setahu Mahani
,Rahim membantah rancangan ayahnya membeli tanah Kampung Pulai untuk tujuan
perlombongan . Dia beranggapan kerja ayahnya itu adalah satu penganiayaan
terhadap orang Kampung Pulai,tetapi perkara ini tidak diceritakan kepada Jahid.
Sebaliknya ,perbualan dengan Jahid itu digunakan oleh Mahani untuk mencungkil
rahsia penerimaan penduduk Kampung Pulai tentang rancangan melombong tanah
kampung mereka yang mungkin dapat diberitahu kepada Rahim nanti
.Walaubagaimanapun ,Mahani masih keliru untuk meletakkan kedudukannya untuk
menyokong tindakan Rahim atau En.Muhammad.
BAB 25
Mahani telah di beritahu
bahawa rombongan daripada keluarga Datuk Indera Mahmud berhasrat hendak
meminangnya .Berita itu menyebabkan Mahani terkejut dan resah kerana dia tidak
pasti sama ada Rahim atau Jahid yang akan meminangnya.Setelah di jelaskan bahawa
yang akan meminangnya ialah Rahim ,Mahani tetap resah apabila tidak pasti pula
adakah dia mencintai Rahim dan begitu juga dengan Rahim. Lantaran itu ,dia
telah meminta Walid dan uminya memberi tempoh 24 jam untuk dia memberikan
jawapannya.Suasana itu menyebabkan uminya,Syarifah Mu’inah gelisah tetapi
sebaliknya ayahnya yakin bahawa anak perempuan tunggalnya itu dapat membuat
keputusan yang matang.
Bab 26
Suasana rumah Tan Sri
Syed Aris terang-benderang bermandikan cahaya kerana waktu selepas isyak nanti akan
diadakan kenduri menerima pinangan daripada Encik Muhammad. Pertunangan antara
Rahim dan Mahani akan diisytiharkan. Mahani tidak mahu majlis pertunangannya
diadakan secara besar-besaran. Begitu juga dengan majlis perkahwinan dan Mahani
telah membantah cadangan ibunya yang hendak mengadakan majlis besar-besaran.
Mahani bersetuju dengan pinangan tersebut setelah mendapat jawapan telegram
daripada Rahim dengan tiga patah perkataan sahaja iaitu " I LOVE YOU
". Empat hari selepas telegram itu, Mahani telah menerima sepucuk surat
ekpress daripada Rahim menyatakan perjuangannya menentang Tauke Besar MUHAMMAD
Bin datuk Indera Idris iaitu bapanya dan konco-konconya. Mahani terseret sama
untuk merealisasikan perjuangan bakal suaminya itu tetapi tidak menjadi penderhaka
kepada orang tuanya itu Upacara pertunangannya berjalan dengan lancar dan
teratur. Encik Muhammad telah memberi cuti selama seminggu kepada Mahani. Pada
keesokkannya selepas makan, Mahani ke rumah Datuk Tan. Ada sesuatu yang hendak
diketahuinya daripada Datin Tan. Datin Tan merupakan salah seorang pengarah
Syarikat Lombong Lembah Tualang dan sudah tentu banyak tahu hal syarikat
tersebut. Mungkin ada maklumat yang berguna untuk diselitkan dalam surat yang
akan dituliskannya kepada Rahim malam nanti.
Bab 27
EncikMuhammad bersyukur
kerana usahanya menyatukan Rahim dan Mahani telah berjaya. Dia juga terkejut
dengan kandungan surat terakhiryang diterima daripada Rahim yang mempunyai
pemikiran yang agak ganjil. Dia sedar bahawa Rahim tidak tahu hakikat hidupdan
harus belajar banyak lagitentang teori-teori pembangunan ekonomi. Oleh itu,
Encik Muhammad tidak hairan punca Rahim belum menjawab surat rasmi daripada
Datuk Tan yang menawarkan kerja sebagai Pegawai Pengurus Dagang Syarikat
Lombong Lembah Tualang. Sudin menghubungi Encik Muhammad dan dia diminta oleh
Encik Muhammad menunggunya di sebuah restoran dan membawa Jahid bersama. Pada
masa yang sama Yang Berhormat Muhd Yusuf juga in gin berjumpa dengan Encik
Muhammad. Encik Muhammad menjangka mereka tentu berhadapan dengan masalah orang
Kampung Pulai. Ketika itu, fikirannya terganggu. Kalau memang masalah yang sama
tidaklah berat benar untuk diselesaikan tetapi kalau masalah mereka berlainan,
tentu panjang ceritanya. Dua masalah memerlukan dua tindakan. Makin banyak
tindakan makin rumit dan makin sukar jadinya nanti.
Bab 28
Perkahwinan Rahim dan
Mahani telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak dan akan dilangsungkan pada
akhir bulan September. Encik Muhammad berasa lega kerana tempoh tersebut
memberi kesempatan kepadanya menyelesaikan perkara yang baru berbangit di
Tualang sebelum Rahim pulang. Sudin dan Jahid melaporkan kejadian menjahanamkan
ladang orkid Cik Puan Tipah di Jeram Medang. Yang Berhormat Muhd Yusuf pula
melaporkan kejadian perkelahian hebat di Pekan Kuala. Antara yang terlibat
ialah Ali, pengelola ladang orkid Cik Puan Tipah. Kedua-dua kejadian itu
berlaku kejadian itu berlaku serentak dan melibatkan Ali. Kejadian itu
dikaitkan dengan beberapa sebab iaitu yang pertama, Pendekar Omar yang berkelahi
dengan Ali yang menjadi penyokong kuat bagi sebuah parti manakala Ali pula
menjadi orang kuat pemuda parti di Pekan Tualang. Kedua, ada hubungannyadengan
kegiatan kempen minta bersarakan imam tua di Pekan Kuala dan menaikkan Imam
Saad menjadi imam di Pekan Tualang. Encik Muhammad meminta peguam syarikatnya,
Shahril supaya membela Ali dalam kedua-dua kes tersebut. Dia meminta peguamnya
menyaman pihak yang membinasakan ladang orkid itu.dan mengelakkan perkara itu
dikaitkan dengan soal-soal politik. Selain itu, Shahril diminta menjalankan
penyiasatan yang menyuruh terhadap kes punca itu. Dia juga telah meminya Yang
Berhormat memberikan kerjasama kepada peguamnya
Bab 29
Mahni memikirkan sikap
Rahim yang masih berkeras kepala dengan ayahnya dan dia tahu harapan Encik
Muhammad dan Cik Puan Tipah agar dia dapat melembutkan Rahim. Kesedaran Mahani
terhadap nasib penduduk Kampung Pulai semakin terasa apabila dia berkunjung ke
kampung itu sabtu lalu. Dia berpendapat penduduk Kampung Pulai memang patut
diberi pertolongan untuk memajukankehidupan mereka. Encik Muhammad menjalankan
temu duga untuk memilih pekerja baru untuk menampung urusannya yang semakin
bertambah banyak semenjak menjadi Pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang
yang baru ditubuhkan. Dua orang yang dipilih iaitu Saadiah, bakal menjadi
kerani dan Azliah, memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempuyai diploma
kesetiusahaan. Cik Puan Tipah dan peguamnya diminta datang ke pejabat bertemu
Encik Muhammad berbincang berhubung dengan masalah ladang orkid di Jeram
Medang. Orang lain tidak dibenarkan menganggu perbincangan mereka. Situasi itu
menimbulkan tanda tanda tanya kepada Mahani. Siapakah yang sebenarnya yang
mengkhianati kebun orkid Cik Puan Tipah. Pada fikirannya sebab itu bukan datang
daripada Encik Muhammad atau Cik Puan Tipah kerana orang Kampung Pekan Tualang
semuanya menghormati keluarga Datuk Indera. Setelah perbincangan itu selesai
dan peguam itu balik. Encik Muhammad mengajak Mahani makan di luar bersama dia
dan Cik Puan Tipah.
Bab 30
ENcik Muhammad, isterinya
dan Mahani telah singgah makan di restoran. Encik Muhammad selalu membawa
tetamunya makan tengahari di situdan dia juga ada syer 20%dalam restoran itu.
Mereka telah memesan steak dan air limau. Semsa makan Encik Muhammad mengambil
kesempatan bercakap tenteang Rahim dan berharap Mahani dapat "menjinakkan
" sifat pembangkang yang ada dalam jiwa Rahim itu. Encik Muhammad
menganggap Rahim dan Mahani anak melayu yang dibesarkan dalam kalangan
masyarakat melayu tetapi dia bukan orang melayu yang tulen kemelayuannya. Rahim
dan Mahani merupakan anak kota, anak masyarakat cosmopolitan yang tidak
mengerti akan masyarakat melayu. Bagi Encik Muhammad, masyarakat melayu sampai
ke hari ini masih bukan masyarakat kota, bukan masyarakat industri dan dagang.
Mahani menceritakan antara perkara yang dibinangkan dengan Rahim dalam
surat-surat mereka ialah tentang anak. Rahim juga belum mahu menerima tawaran
Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk menjadi Pegawai Pengurusan Dagang dan
Perusahaan kerana menganggap syarikat itu kelak akan menganiayai orang Kampung
Pulai. Syarikat Lombong Lembah Tualang pula bukanlah bergantung kepada Rahim
dan kegiatan itu perlu untuk pembangunan ekonomi orang melayu. Syarikat itu
akan tetap membeli tanah orang kampung Pulai dan kalau Rahim berkeras menetang
kemungkinannya Rahim akan diketepikan begitu saja.
Bab 31
Sani telah menetap di
kampung kelahirannya, Pekan Kuala. Ayahnya telah berhenti daripada menjadi imam
kerana dia telah bersetuju menetap di situ. Dia juga telah ditawarkan oleh Yang
Berhormat Muhd Yusuf untuk menjadi wakilnya di beberapa buah kampunghingga ke
wilayah Pekan Tualang menggantikan Sudin yang akan menumpukan pekerjaannya
sebagai pegawai perhubungan dalam Syarikat Encik Muhammad. Pada awalnya dia ragu-ragu
untuk menerima jawatan tersebut tetapi setelah menerima nasihat daripada Sudin,
fikirannya berubah. Sani juga ingin membalas budi Yang Berhormat Muhd Yusuf
kerana membatalkan aduan orang ramai terhadap ayahnya dan berjaya memujuk
ayahnya supaya berhenti dengan sukarela. Yang Berhormat juga telah menjamin
pinjaman wang dengan Encik Muhammad kepadanyha tanpa dikenakan bunga. Sani
mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat bahawa ayahnya itu selalu sakit dan
telah dinasihati oleh doktor supaya memohon bersara.Ksihatan ayahnya itu
menganggu tugasnya sebagai imam dan sering menimbulkan masalah kepada orang
kampung. Oleh itu, Imam Saad akan dilantik menjadi imam dan ditempatkan di
Pekan Tualang manakala penduduknya akan dipindahkan ke sebuah rancangan FELDA.
Bab 32
Sudin terpaksa berhadapan
dengan sikap Pak Salim yang membantah rancangan perpindahannya ke rancangan
FELDA. Sudin cuba memujuk Pak Salim supaya kembali kepada persetujuan yang
diberikannya seminggu yang lalu tetapi gagal. Sudin kemudiannya beredar ke
kedai Pak Salim dan meminta supaya memberitahu perubahan tempat perjumpaan
bersama Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Felda setelah Pak Salim tidak
membenarkan kedainya dijadikan tmpat perjumpaan tersebut. Semasa dalam
perjalanan ke Pekan Tualang, Sudin telah menumpangkan Mat Akil dan
kawan-kawannya. Sudin mendapat tahu punca yang menyebabkan Pak Salim meradang.
Pak Salim kecewa kerana Tuk Empat Dahlan dapat menjadi penghulu dan dapat rumah
di Pekan Tualang tanpa perlu mengikut ke rancangan FELDA manakala Imam SAAd
pula dilantik sebagai imam kerajaan dan dapat tanah ganti tanah wakaf surau itu
di Pekan Tualang. Tinggal dia seorang sahaja orang tua yang terpaksa ikut
anaknya ke FELDA. Sudin ke rumah Datuk Indera Mahmud untuk berjumpa dengan Yang
Berhormat Muhd Yusuf dan Encik Muhammad. Mereka sedang rancak berbincang
tentang rancangan memindahkan penduduk Kampung Pulai ke FELDA. Sudin melaporkan
tentang masalah yang dihadapinya dengan Pak Salim. Yang Berhormat Muhd Yusuf
akan bertemu dengan Pak Salim dan berjanji untuk mendapatkannya sebuah tapak
kedai sebagai jalan penyelesaian.
Bab 33
Pengumuman kewujudan
Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk membeli tanah orang kampung oleh Encik
Muhammad telah mendapat tentangan daripada Jamaludin dan pemuda berjubah.
Mereka beranggapan tujuannya semata-mata untuk mengusir penduduk Kampung Pulai.
Di samping itu, pembinaan hotel peranginan di Jeram Medang akan membawa kepada
masalah judi, arak dan zina ke daerah itu. Peristiwa ini merupakan tamparan
yang hebat kepada Encik Muhammad. Yang Berhormat Muhd Yusuf dan Sani telah
berjaya memujuk Pak Salim menjual dan berpindah ke FELDA. Pak Salim juga
dijanjikan untuk mendapat kemudahan rumah kedai di rancangan itu kelak. Dia
juga telah berjanji memastikan anaknya, Jamaludin tidak akan membantah
rancangan itu lagi. Yang Berhormat Muhd Yusuf telah mencadangkan supaya
kunjungan Penolong Pegawai Daerah ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh
Encik Muhammad. Encik Muhammad telah mendapat laporan daripada peguamnya
berhubung dengan pergaduhan di Pekan kuala dan pengkhianatan di kebun orkid
Jeram Medang. Dia kemudiannya keluar untuk bertemu dengan Datuk Tan berbincang
berhubung dengan perkara tersebut. Dalam hatinya, Encik Muhammad tetap bertekad
bahawa operasi prlombongan Kampung Pulai serta operasi pemindahan orang Kampung
Pulaike rancangan FELDA tidak boleh dihalangi oleh anasir-anasir fanatik.
Bab 34
Semasa pertemuan dengan
Datuk Tan timbul cerita tentang Mary iaitu bekas setiausaha Encik Muhammad yang
datang berjumpa dengan Datuk Tan untuk mencari pekerjaan. Encik Muhammad tidsk
lagi berminat untuk mengambil tahu tentang Mary kerana menganggap hal-hal
dahulu telah berlalu dan yang perlu dihadapi ialah urusan Syarikat Lombong
Lembah Tualang. Encik Muhammad menunjukkan laporan peguamnya kepada Datuk Tan
dan membuat kesimpulan bahawa anak-anak muda yang melakukan perbuatan jahat itu
sebenarnya diupah untuk berbuat demikian oleh seseorang dan dia sedang mencari
motif orang tersebut berbuat demikian. Encik Muhammad mengesyaki Tauke Chan
terlibat kerana ingin membalas dendam kepadanya kerana telah mengagalkan
rancangannya mahu berkongsi dengan abangnya mendirikan perumahan di Pekan
Tualang. Datuk Tan tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana dia tahu Tauke
Chan tidak berani berbuat demikian. Datuk Tan pula mencadangkan supaya peguam
itu meneruskan siasatan. Datuk Tan percaya sekiranya Kampung Pulai tidak dibeli
operasi perlombongan dapat diteruskan tetapi Encik Muhammad pula memikirkan
nasib dan masa depan Kampung Pulai yang akan dikelilingi tasik dan timbunan
pasir bekas lombong. Oleh sebab itulah, dia mahu membela nasib orang Kampung
Pulai.
Bab 35
Mat Akil telah menerima
upah daripada Sudin dan diingatkan supaya sentiasa memerhatikan gelagat
Jamaludin dan lebai Maarup. Mat Akil ke kedai Pak Salim mencari Lebai Maarup
kerana berani menuduh rancangan Encik Muhammad mendirikan hotel peranginan di
Jeram Medang debagai satu usaha ke arah maksiat. Mat Akil kemudiannya mengajak
rakan-rakannya itu balik ke pondok. Di pertengahan jalan, mereka terserempak
dengan Mak Ngah dan Milah. Jamilah merupakan anak murid Lebai Maarup. Setibanya
di pondok, Mat Akil membahagi-bahagikan wang upahan yang diberikan oleh Sudin.
Mat Akil masih bercerita tentang kegagalannya untuk memikat Gayah dan meminta
maaf kepada rakan-rakannya kerana tidak dapat membeli barang-barang yang mereka
pesan dahulu ke bandar mencari Gayah. Mereka juga sedar dengan perubahan yang
berlaku antara mereka dengan Sudin kerana sebelum ini pernah berlaku
permusuhan. Mereka berpisah dan berjanji akan berjumpa di tempat yang sama
esok. Mat Akil terus ke rumah Sudin dan itulah kali kedua dia ke rumah Sudin.
Kali pertama dahulu dia telah dihalau oleh Mak Minah. Dia sedar mak Minah dan
Imam Saad sukar untuk memaafkannya tetapi kini dia bekerja menolong Sudin
sambil mendapat pula kesenangan mencari wang. Sekiranya Tuk Empat Dahlan
menjadi penghulu dia sendiri akan menjadi anak saudara penghulu. Mat Akil juga
tidak menyangka kedatangannya itu disambut baik tidak seperti dahulu.
Bab 36
Mat akil menyampaikan
maklumat tentang Lebai Maarup kepada Sudin tetapi maklumat yang disampaikan
seringkali berubah-ubah. Lebai Maarup dikatakan ejen sebuah parti politik dan
asalnya anak Kampung Pulaitetapi telah lama meninggalkan kampung mengikut ibu bapa
berbendang ke Kuala Selangor, Tanjung Karang. Dia juga telah mengarahkan
kawan-kawannya memukul Lebai Maarup dan tentang Jamaludin pula dia berharap Pak
Salim sendiri akan menyelesaikan hal anaknya itu. Mat Akil menasihati Pak Salim
supaya meminta pertolongan Sudin untuk mendapat bantuan membuka kedai di Pekan
tualang atau Pekan Kuala. Man membawa berita tentang Lebai Maarup yang diserang
dan diminta berhenti mengacau anak bini orang. Mat Akil menyuruh Man pergi
mengaji dengan Lebai yang mengajar dua kali seminggu di Balai Raya Khas untuk
budak-budak muda dan membuat laporan kepada Imam Saad kononnya Lebai itu
mengamalkan ilmu sesat. Pak Salim telah bertemu Sudin untuk meminta pertolongan
menangani masalah anaknya, Jamaludin. Sudin berjanji akan menyelesaikannya.
Sudin, MAt Akil dan kawan-kawannya ke Pekan Tualang. Sudin sudah menyediakan
laporan kepada Encik Muhammad tentang orang-orang Kampung Pulai seperti juga
orang di tempat lain ingin mengecap kesenangan dan kemewahan hidup moden. Mat
Akil dan kawan-kawannya berhasrat untuk joli di bandar apabila ibu dan ayah
mereka jual tanah. Sudin dan Gayah pula akan kembali ke Kuala Lumpur kerana
tidak sesuai menjadi peneroka. Oleh itu, dia akan berusaha menyelesaikan urusan
pembelian tanah itu dengan segera seperti kehendak Encik Muhammad.
Bab 37
Sudin tidak mempercayai
laporan yang dibuat oleh Mat Akil kerana ayahnya sendiri melihat kegigihan
Lebai Maarup yang berani mencuba menarik kembali orang-orang muda ke jalan yang
benar. Lebai Maarup dikatakan ejen sebuah parti politik dan mungkin akan
menjadi dalam pilihan raya beberapa tahun lagi. MMat Akil juga akan
mencederakan Lebai Maarup buat kali kedua supaya meninggalkan Kampung Pulai.
Sudin berusaha memerangkap Mat Akil dan membalas dendam terhadapnya. Dia menghubungi
Mat Jerangkung untuk menjadi saksi terhadap jenayah yang dilakukan oleh mat
Akil. Sani melaporkan bahawa sikap Jamaludin dan Lebai Maarup menentang
pembelian tanah Kampung Pulai tidak ada kena mengena dengan politik Yang
Berhormat Muhd Yusuf. Dia juga mendapat tahu bahawa Pendekar Omar telah diupah
oleh Tauke Chan untuk memukul pekerja-pekerja kebun orkid dan memusnahkan
kebun-kebun orkid tersebut melalui drebar Tauke Chan. Sudin teringatkan keluhan
ayahnya tentang akhlak orang muda di kampung itu yang telah runtuh dan orang
tua kini yang mengejar kebendaan dan kemewahan. Imam Saad tidak berjaya lagi
membetulkan keadaan dan mengharapkan orang seperti Lebai Maarup untuk
menjalankan tugas tersebut. Jahid telah menyiapkan senarai nama orang-orang
yang tidak bertanah dan menumpang di tanah keluarga Datuk Mahmud supaya
menyenangkan kerja Encik Muhammad. Sudin telah mengambil keputusan untuk
membawa Gayah ke Kuala Lumpur. Dia mengerti benar betapa curangnya
muslihat-muslihat yang dilakukan oleh Encik Muhammad tetapi dia tidak mampu
menentang kerana telah termakan budi termasuklah usaha mengahwinkannya dengan
Gayah. Sudin sedar sekiranya dia berjaya nanti dia akan mengikuti jejak langkah
Encik Muhammad dalam dunia dagang dan perusahaan dan kemungkinan dia akan
mewarisi tipu muslihat yang tidak jujur atau menjadi saudagar pertama yang
bersifat jujur.
Bab 38
Pada pagi minggu itu,
Encik Muhammad berada di dalam bilik kerja di rumahnya dan tidak mahu diganggu.
Dia mendapat tahu perkembangan terbaru di Kampung Pulai dan membatalkan
rancangannya ke kampung itu esok. Soal jamaludin ingin mendapatkan sebuah kedai
di Pekan Tualang bukanlah merupakan masalah yang besar baginya tetapi dia agak
kecewa dengan kemunculan Lebai Maarup yang mengeruhkan suasana.
Bab 39
Imam Saad mengadu kepada
anaknya, Sudin bahawa Lebai Maarup dipukul orang pada malam tadi. Lebai Maarup
tahu siapa yang memukulnya tetapi dia tidak ada bukti. Hanya secara batin
sahaja dia dapat mengagak orang yang telah memukulnya itu. Lebai Maarup mahu
menegakkan keadilan dan ingin melihat pembalasan yang setimpal dilakukan. Walau
bagaimanapun, Lebai Maarup tidak mahu membawa perkara itu kepada polis kerana
tidak ada bukti. Lebai Maarup telah meminta orang kampung ke balai raya pada
pukul sembilan pagi kerana ingin membongkarkan kes yang menimpa dirinya. Dia
menerangkan punca yang menyebabkan dia dipukul orang dan dia tidak akan melawan
sekiranya dipukul lagi kerana dia tetap tidak akan berhenti menyampaikan
kebenaran, seruan Allah dan Rasul-Nya. Sudin di jemput hadir sama dalam
perjumpaan itu. Sebekum perjumpaan itu berlangsung dia perlu berjumpa dengan
Mat Akil dan kemat Jerangkung.Ini merupakan peluang terbaik untuk membalas
dendam terhadap Mat Akil. Dia kemudiannya ke Peka Kuala bertemu Yang Berhormat
Muhd Yusufuntuk bersama-sama bertemu Encik Muhammad di Kuala Lumpur. Sudin juga
dapat merasakan kekecewaan ayahnya tentang kemerosotan iman orang Kampung Pulai
dan Lebai Maarup yang cuba menyedarkan mereka pula telah dipukul. Dia berazam
untuk membantu ayahnya dan Lebai Maarup tetapi dia tidak akan menentang Encik
Muhammad. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, yang Berhormat Muhd Yusuf meluahkan
perasaan tidak senangnya terhadap Lebai Maarup. Dia tidak mahu Lebai Maarup
membangkitkan lagi apa yang diucapkan kepada Encik Muhammad di masjid
dahulu.Lebai Maarup baginya merupakan orang-orang fanatik yang tidak pernah
tahu selain daripada mengaji.Walau bagaimanapun,Sudin hanya mendiamkan diri
kerana tidak mahu rancangannya diketahui oleh sesiapapun.
Bab 40
Lepas subuh Lebai
Maarup,Imam Saad,Bilal Endut dan Kemat Jerangkung tidak balik kerana hujan
lebat.Imam Saad cuba mencungkil rahsia peristiwa yang menimpa Lebai Maarup
tetapi dia enggan memberitahunya kerana ingin membongkarkannya dalam majlis
perjumpaan di balairaya nanti Pagi itu di kedai Pak Salim menjadi tumpuan umum
kerana mereka singgah dahulu minum kopi dan berbual sebelum ke balairaya
termasuklah Mat Akil dan kawan-kawannya.Orang Kampung Pulai telah berkumpul di
balairaya termasuklah dua orang luar yang tidak dikenali.Setelah Tok Empat
Dahlan berucap,Lebai Maarup memulakan ucapannya dengan salam, tahmid dan
selawat.Ketika Lebai Maarup cuba nmeneruskan ucapannya,Mat Akil dan
kawan-kawannya telah menganggu perjalanan majlis tersebut. Mat Akil menuduh
Lebai Maarup menyusahkan orang kampung dan berlaku kurang ajar menuduh Encik
Muhammad.Selain itu,Lebai Maarup dituduh menganggu anak bini orang.Lebai Maarup
menhadapi tuduhan tersebut dengan tenang dan dapat menjawab pertuduhan yang
dilemparkan ke atasnya. Man tidak dapat menahan kesabaran lalu membaling batu
tepat mengenai muka Lebai Maarup.Suasana menjadi haru biru apabila Mat Akil
pula cuba menikam Lebai Maarup tetapi sempat dielak oleh Lebai Maarup dan
terkena bahunya sahaja.Kemat Jerangkung berjaya menangkap Mat Akil.Dua orang
yang tidak dikenali itu sebenarnya anggota polis dan telah berjaya menangkap
kawan-kawan Mat Akil yang lain.
Bab 41
Setelah penat bekerja
Encik Muhammad berehat di halaman rumahnya bersama Cik Puan Tipah.Dia berasa
lapar kerana masih belum bersarapan sepanjang hari.Cik Puan Tipah menyuruh Mak
Enon menghidangkan ikan baung gulai tempoyak kepada suaminya itu di luar
rumah.Encik Muhammad bercadang mengadakan kenduri dan menjemput Lebai Maarup
membaca doa.Setelah itu dia berbincang dengan Sudin dan Yang Berhormat Muhd
Yusuf pada masa yang sesuai.
Bab 42
Lebai Maarup telah cedera
parah dan dibawa ke hospital.Mereka yang menyaksikan peristiwa itu diminta ke
balai untuk memberi keterangan dan mungkin dipanggil menjadi saksi dalam
perbicaraan nanti.Sudin bertemu Yang Berhormat Muhd Yusuf di balai polis dan
akan ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan berita tersebut kepada Encik Muhammad.
Sudin menjenguk Mat Akil dan kawan-kawannya di dalam lokap dan berjanji akan
mencarikan peguam untuk mereka.Walau bagaimanapun,hati Sudin puas kerana dia
telah berjaya membalas dendam terhadap Mat Akil. Tok Empat Dahlan memohon maaf
kepada Bilal Endut di atas perbuatan anak saudaranya itu terhadap Lebai
Maarup.Sudin bersyukur kerana kejadian itu tidak menimbulkan persengketaan pula
antara golongan tua di kampung itu.Imam Saad pula amat mengharap Lebai Maarup
akan menyertai rancangan FELDA untuk menjadi pemimpin agama kerana Lebai Maarup
masih muda,ada ilmu dan ada kemahuan untuk berkhidamat kerana Allah.
Bab 43
Encik Muhammad dan
isterinya Cik Puan Tipah mengadakan jamuan makan malam bersama Yang Berhormat
Muhd Yusuf,Datuk Indera Mahmud,Sudin,Datuk Tan dan Datin Tan serta Tan Sri Syed
Aris dan Puan Sri Syarifah Mu'inah,Mahani danb peguamnya Shahril.Encik Muhammad
amat gembira kerana Lebai Maarup akan menjual tanah pusaka ayahnya dan
menyertai rancangan FELDA.iTan Sri Syed Aris pula menceritakan tentang Ladang
Lada Muhammad dan Tan yang akan dibuka secara rasmi. Dalam majlis
tersebut,Sudin berusaha merapati Mahani untuk mencungkil rahsia tentang
Rahim.Mahani menceritakan tentang kepulangan Rahim seminggu lagi dan tidak mahu
mengadakan majlis kenduri perkahwinan mereka secara besar-besaran.Sudin
merasakan langkahnya merapatkan diri denagan Mahani sudah berhasil dan selepas ini
tidak sukar lagi untuknya bercakap dengan Mahani mengenai Rahim. Sebelum
pulang,Sudin menerima arahan dari Encik Muhammad supaya berbincang dengan
peguam Shahril untuk membela Mat Akil dan kawan-kawannya itu tanpa
memperlihatkan perhubungannya dengan Mat Akil dalam kes tersebut.
Bab 44
Pegawai Daerah dan
Pegawai FELDA datang ke balairaya Kampung Pulai untuk memberikan penerangan
tentang penempatan orang kampung itu ke rancangan FELDA.Turut hadirv dalam
majlis tersebut ialah Yang Berhormat Muhd Yusuf,Sani,Jahid dan Sudin.Ketika
memberikan ucapan,Sudin memuji kepimpinan Yang Berhormat Muhd Yusuf,sikap
bertimbang rasa dan baik hati Datuk Indera Mahmud serta keluarganya dan
kemurahan hati Encik Muhd selaku Pengerusi Syarikat Lombong Lembah Tualang.
Yang Berhormat Muhd Yusuf yang membuka jalan untuk orang kampung menyertai
rancangan FELDA.Datuk Indera Mahmud pula bersetuju memberi saguhati serta ganti
rugi kepada orang kampung yang menumpang di dalam tanah keluarganya.Manakala
Encik Muhammad akan membeli tanah orang kampung dengan harga yang tinggi. Dalam
perjalanan ke Kuala Lumpur,Sudin singgah menjenguk Lebai Maarup di hospital dan
tidak lupa membincangkan tentang kedudukan tanah pusaka ayah Lebai Maarup
itu.Dia mendapat tahu bahawa Lebai Maarup berkelulusan SPM dan Sudin berjanji
akan melawat Lebai Maarup pada sebelah petang. Sudin ke pejabat Encik Muhammad
dan membincangkan tentang masalah Mat Akil dan kawan-kawanya itu dengan peguam
Shahril danurusan pembelian tanah orang Kampung Pulai.Encik Muhammad juga diberitahu
oleh Sudin bahawa tanah pusaka Lebai Maarup masih lagi nama ayahnya.
Bab 45
Sudin pulang ke rumah
setelah sehari suntuk menjalankan tugasnya.Dia dapat merasakan perubahan
ayahnya,Imam Saad setelah dilantik menjadi Imam Pekan Tualang.Ayahnya kini
menjadi seorang pendiam.Sudin teringatkan kata-kata Lebai Maarup yang
meninggalkan kesan yang mendalam di hatinya.Lebai Maarup tidak akan berhenti
mengajak orang bertakwa kepada Allah. Pada malam itu,Sudin tidak dapat tidur
lena kerana fikirannya terganggu.Dia teringatkan pertemuannya dengan Mahani dan
cerita tentang Encik Muhammad akan berusaha menyedarkan Rahim tentang cara dia
bekerja kerana Rahim antara penghalang hasratnya itu. Setelah bersarapan
pagi,Sudin keluar untuk menyelesaikan urusan dengan Jahid dan Sani.Kemudian dia
ke pejabat menunggu telefon daripada peguam Shahril.Selain itu,dia akan ke
hospital melawat Lebai Maarup.Sudin juga menjangkakan mungkin ada di antara
tanah di Kampung Pulai tidak dapat dibeli dan mengharapkan kepulangan Rahim nanti
akan dapat mengubah ayahnya itu.
Bab 46
Seluruh ahli keluarga
Datuk Indera Mahmud berkumpul di rumahnya untuk menghadiri mesyuarat
pembahagian sebahagian daripada harta keluarga Datuk Indera yang akan dibeli
oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti yang diiklankan dalam akhbar oleh
peguam yang menguruskan hal ehwal harta Datuk Mahmud. Mesyuarat dipimpin oleh
peguam dan dibantu oleh Tuan Kadi Wilayah Tualang yang bertanggungjawab
membahagikan harta di kampung itu mengikut faraid. Selepas selepas penerangan
peguam, majlis diserahkan kepada Datuk Indera Mahmud dan Encik Muhammad. Sikap
Encik Muhammad menjadi marah apabila melihat ahli keluarganya tidak menghormati
Datuk Indera Mahmud ketika dia sedang berucap. Encik Muhammad mewakili Datuk
Indera Mahmud meminta persetujuan ahli keluarganya mengenai pembahagian harta
di Kampung Pulai dan syarikatnya akan menawarkan harga yang tinggi untuk
membeli tanah-tanah tersebut. Enci Muhammad dikejutkan dengan pertanyaan
Muhammad Alif Bin Abdul Karim waris nombor sembilan yang mahu melabur dalam
Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan jumlah harga tanah bahagian
masing-masingdimasukkan sebagai saham. Pada awalnya Encik Muhammad cuba
memperlekehkan Muhammad Alif tetapi terkedu apabila mengetahui Muhammad Alif
seorang pensyarah di Universiti Malaya dan berkelulusan Sarjana Ekonomi dari
London School Of Economics, London. Lepas zuhur, Encik Muhammad dengan Sudin ke
Kampung Pulai untuk menziarahi Lebai Maarup yang baru keluar dari hospital.
Pertemuan itu diadakan di surau dan turut hadir ialah Imam Saad dan Bilal
Endut. Lebai Maarup memang berhajat menemui Encik Muhammad bagi menerangkan
hajatnya untuk mewakafkan tanah pusakanya itu untuk keperluan agama. Encik
Muhammad tidak bersetuju dengan cadangan Lebai Maarup itu. Lebai Maarup tetap
dengan pendiriannya itu kerana sebuah surau diperlukan oleh pekerja-pekerja
lombong dan setelah 15 tahun apabila perlombongan itu selesai, bekas lombong
itu dibangunkan juga dan memerlukan sebuah surau atau sebuah masjid atau
sekolah agama. Encik Muhammad terpaksa mengalah dan akan cuba memikirkan
cadangan Lebai Maarup itu. Sudin dapat membayangkan kegembiraan wajah ayahnya
kerana Encik Muhammad terpaksa akur dengan keputusan Lebai Maarup itu.
Bab 47
Encik Muhammad balik ke
Kuala Lumpur tanpa membawa Sudin bersamanya. Dia mengarahkan Sudin membereskan
urusan tanah dengan Lebai Maarup. Sudin juga akur dengan cara Lebai maarup
mengemukakan gagasannya kepada Encik Muhammad amat baik dan amat munasabah.
Encik Muhammad tidak dapat tunduk dengan cadangan Lebai Maarup kerana dia
seorang yang ego dan selalunya berjaya dalam tugasnya. Lebai Maarup menasihati
Sudin supaya bertenang dan sabar dengan sikap Encik Muhammad kerana dua tiga
hari nanti Allah akan melembutkan hatinya dan menenangkannya. Sudin kembali ke
pejabatnya pada keesokkan hari untuk menunggu telefon daripada peguam Shahril.
Sudin juga berhajat untuk menyertakan tanah wakaf ayahnya dalam gagasan Lebai
Maarup itu. Dia kemudian telah menerima panggilan telefon daripada Mahani
bertanyakan peristiwa yang berlaku di Pekan Tualang semalam yang menyebabkan
Encik Muhammad cuti secara tiba-tiba dan semua urusannya dibatalkan. Sudin pula
ingin bertemu dengan Mahani untuk berbincang tentang Rahim. Sudin menceritakan
tentang peristiwa yang berlaku di PekanTualang antara Encik Muhammad dan Lebai
Maarup. Sudin mengemukakan satu teori supaya Rahim mengikut kehendak ayahnya
bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Mahani bersetuju dengan teori
Sudin kerana dia sendir sedang memikirkan jalan hendak menolong Rahim memahami
ayahnya dan dalam masa yang sama menolong Encik Muhammad memahami anaknya.
Dengan teori itu, Rahim tidak akan kalah kepada ayahnya itu. Walau
bagaimanapun,tidak akan menang seluruhnya. Sebelum menunggu Rahim balik, Sudin
menelefon peguam Shahril supaya menangguhkan kedatangannya ke Pekan Tualang
hingga minggu depan. Dia mengharapkan kepulangan Rahimmembuka jalan yang
memudahkan segalanya urusannya.
Bab 48
Mahani menuggu kedatangan
Rahim di lapangan terbang. Perjumpaannya dengan Sudin kelmarin membuka langkah
baru untuk merapatkan jurang antara Rahim dengan ayahnya. Rahim pulang bersama
Robert dan mereka tidak memberitahu kepulangan mereka kepada ibu bapa masing-masing.
Mahani mengajak mereka ke restoran untuk berbincang dan menerangkan rancangan
itu. Rahim bersetuju dan mengharapkan rancangan itu benar-benar boleh memberi
kesan kepada ketamakan ayahnya itu. Robert juga menasihati Rahim supaya
bersetuju dengan rancangan tersebut dan tidak menentang rancangan ayahnya itu.
Rahim memberi syarat kepada Mahani sekiranya rancangan tersebut berjaya mereka
akan tinggal di kompleks dalam kampung yang ditinggalkan itu.
Bab 49
Ana menerima panggilan
daripada Rahim dan berlari memberitahu kepulangan abangnya kepada ibunya, Cik
Puan Tipah. Cik Puan Tipah menyampaikan berita gembira itu kepada suaminya yang
berada di bilik kerja. Mereka pergi ke lapangan terbang dan bertemu Datuk Tan
dan Datin Tan yang juga datang menjemput Robert. Dalam perjalanan pulang mereka
di hiburkan dengan gelagat Ana. Walau bagaimanapun, Encik Muhammad kelihatan
masih sugul ekoran peristiwa Lebai Maarup dua hari lepas. Sampai di rumah,
semua menghadap hidangan the yang disediakan oleh Mak Enon kecuali Encik
Muhammad yang terus ke dalam bilik kerjanya. Mak Enon menghantar teh untuk
Encik Muhammad dan diminta oleh tuannya itu untuk memanggil Cik Puan Tipah
masuk. Cik Puan Tipah kemudiannya memanggil Rahim masuk bertemu dengan ayahnya
itu. Dia dan Ana tidak dibenarkan mencampuri urusan mereka berdua didalam bilik
itu. Cik Puan Tipah amat risau dengan Rahim dan suaminya yang berada dalam
bilik itu. Dia khuatir akan berlaku pertengkaran antara anak dan ayah kerana
melihat karenah suaminya semenjak dua hari lepas dan melihat kepada nada
surat-surat Rahim selama ini. Akhirnya apabila duara yang menusuk keluar dari
bilik itu bertambah keras, dia masuk tetapi terbuka sahaja pintu dia melihat
kedua-duanya sedang gelak ketawa. Rahim dan ayahnya ketawa mengenai cerita
Robert yang ingin menjadi sami. Cik Puan Tipah masih tidak berpuas hati dan
ingin mendapatkan penjelasan daripada Rahim dan suaminya. Rahim memohon beredar
untuk mengemaskan barang-barangnya. Encik Muhammad menerangkan kepada isterinya
bahawa Rahim telah pun bersetuju untuk menerima jawatan yang ditawarkan oleh
Datuk Tan sebagai Pengerusi Pengurusan Lombong Lembah Tualang.
Bab 50
Rahim membahagi-bahagikan hadiah kepada ahli keluarganya termasuklah Mak Enon. Selepas itu dia beredar ke rumah Mahani seperti yang dijanjikan di lapangan terbang tadi. Rahim memberitahu Mahani bahawa rancangan mereka telah berjaya. Satu kompleks akan didirikan yang mengandungi pejabat, bangsal pekerja, surau dan lain-lain. Dia juga memberitahu tentang persetujuan untuk menerima tawaran menjadi Pegawai Pengurusan Pentadbiran dsan akan tinggal di kompleks tersebut seperti yang dirancangkan bersama. Tan Sri Syed Aris hairan dengan perubahan keputusan yang dibuat oleh Encik Muhammad. Dia juga tidak menyukai Lebai Maarup dan menganggapImam Saad lebih alim daripada Lebai Maarup kerana tuanya dan pengalamannya. Pendapat itu disanggah oleh Rahim. Walau bagaimanapun, Rahim teragak-agak untuk berbahas dengan bakal mentuanya itu kerana tidak mahu menjadi seperti ayahnya petang tadi yang bertukar menjadi marah. Rahim menceritakan kepada Tan Sri Syed Aris peristiwa perbahasannya dengan ayahnya petang tadi yang berhubung dengan perlombogan di Kampung Pulai, Rahim membandingkan kebajikan yang dilakukan oleh ayahnya hanya untuk kepentingannya sedangkan kebajikan yang dilakukan oleh Lebai Maarup dan Imam Saad merupakan kebajikan suruhan agama kerana pengabdian kepada Allah untuk kebaikan manusia di dunia dan di akhirat. Tan Sri Syed Aris bersyukur kerana Encik Muhammad telah disedarkan oleh Rahim tentang kesan pembangunan ekonomi kepadfa orang melayu dan berharap Rahim akan dapat bekerjasama dengan Lebai Maarup. Setelah Tan Sri Syed Aris beredar, Rahim dan mahani menganggap kemenangan Imam Saad yang ikhlas dan sabar. Mereka menghabiskan sisa malam di setee panjang dan Rahim mengalungkan seutas kalung platinum bermedialion kecil dengan sebiji permata berlian halus ke leher Mahani.
Comments
Post a Comment