Kerja Kursus Kersusteraan Melayu Komunikatif: Multimedia; KIsah Bermula di Bukit Siguntang
PROJEK MULTIMEDIA “KISAH BERMULA DI BUKIT SI GUNTANG”
Projek
multimedia ini dihasilkan dengan menggunakan MAGIX Vegas PRO 15.0 berdasarkan “Kisah
Bermula di Bukit Si Guntang” seperti yang termuat dalam teks Sulalatus Salatin,
selenggaraan A. Samad Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Dalam hal
ini, projek tersebut diterapkan elemen multimedia, iaitu teks, animasi, grafik,
dan audio-visual. Tujuan penerapan elemen asas multimedia dalam persembahan ini
adalah bertujuan untuk makna dan menimbulkan kesan penghayatan dengan
mengekalkan nilai estetik yang terdapat dalamepisod tersebut. Didalam “Kisah
Bermula di Bukit Si Guntang” seperti yang termuat dalam teks Sulalatus Salatin,
yang dijadikan sebagai bahan kajian ini
Peristiwa
bermula di Bukit Si Guntang, Tinggal dua orang iaitu Wan Empuk dan Wan Malini.
Mereka mengusahakan tanaman padi huma (padi bukit) dalam kawasan yang dikatakan
terlalu luas. Putera Raja Sulan yang diperlihara oleh Raja Aktabu’l-Ard, iaitu
Nila Pahlawan, Nila Utama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa dan dihantar ke
dunia. Putera Raja Sulan dibekalkan dengan alat kerajaan dan dipakaikan pakaian
anak raja serta mahkota. Mereka dihantar ke dunia dengan menaiki seekor lembu
putih. Mereka tiba di Bukit Si Guntang pada waktu malam dan suasana pada ketika
itu bercahaya seperti matahari terbit. Wan Empuk dan Wan Malini ketakutan
kerana menyangka naga yang muncul. Keesokan harinya, Wan Empuk dan Wan Malini
menyiasat keadaan dan mereka terkejut melihat padinya berbuah emas, berdaun
perak dan berbatang suasa. Wan Empuk dan Wan Malini melihat tiga orang pemuda
duduk di atas lembu putih sambil seorang memegang parang(curik) dan kayu bercap
di tangan, seorang memegang lembing dan seorang memegang pedang. Tiga orang
putera tersebut telah memperkenalkan diri mereka kepada Wan Empuk dan Wan
Malini. Wan Empuk dan Wan Malini percaya dan memelihara ketiga-tiga putera
tersebut. Seterusnya Wan Empuk dan Wan Malini menjadi kaya-raya. Perkhabaran
kedatangan tiga 3 putera tersebut diketahui oleh Demang Lebar Daun. Kemudian
Demang Lebar Daun datang ke Bukit Si Guntang untuk mengambil ketiga-tiga putera
tersebut. Mereka dibawa ke Palembang dan dijadikan anak angkat.
Inti
pati 1:
Inti
pati pertama adalah menggambarkan peristiwa penanaman padi huma(padi bukit)
yang luas. Wan Empuk dan Wan Malini menanam padi huma di Bukit Si Guntang dan
kawasan penanaman mereka sangat luas.
Inti
pati 2:
Inti
pati ini menggambarkan peristiwa perjalanan naik ke dunia. Tiga putera Raja
Suran,
iaitu
Kriysna Pandita, Nila Pahlawan, dan Nila Utama naik ke dunia setelah dewasa
dari
dasar
laut dengan seekor lembu putih. Mereka dibekalkan alat kerajaan dan dipakaikan
pakaian
anak raja serta mahkota.
Inti
pati 3:
Bagi
inti pati ketiga pula adalah peristiwa ketibaan putera raja. Mereka tiba di
Bukit
Si Guntang pada waktu malam dan suasana malam bercahaya seperti matahari
terbit.
Wan
Empuk dan Wan Malini ketakutan kerana menyangka naga yang datang.
Inti
pati 4:
Inti
pati keempat, adalah penyiasatan kejadian aneh. Wan Empuk dan Wan
Malini
menyiasat. Mereka terkejut melihat padi berbuah emas, berdaun perak dan
berbatang
suasa.
Inti
pati 5:
Inti
pati ini pula menggambarkan pertemuan dengan tiga putera raja. Wan Empuk dan
Wan Malini melihat tiga orang pemuda duduk di atas lembu putih.
Inti pati 6:
Inti
pati ini menggambarkan apa yang Wan Empuk dan Wan Malini terhadap anak Raja
Suran. Wan Empuk dan Wan Malini nampak seorang memegang curik dan kayu bercap
di tangan, seorang memegang lembing, dan seorang memegang pedang.
Inti
pati 7:
Inti
pati keenam pula menggambarkan tentang asal usul tiga orang putera dan
perkenalan diri. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai anak cucu Raja
Iskandar Zulkarnain.
Inti
pati 8:
Dalam
inti pati ketujuh pula ialah kekayaan Wan Empuk dan Wan Malini. Mereka
menjadi
kaya raya setelah memelihara ketiga-tiga putera tersebut.
Inti
pati 9:
Sementara
dalam inti pati kelapan adalah peristiwa menghadap putera raja. Demang Lebar
Daun datang ke Bukit Si Guntang untuk menghadap tiga putera tersebut dan dibawa
ke Palembang, seterusnya dijadikan anak angkat.
Inti pati 10:
Dalam
inti pati kesembilan adalah peristiwa membawa anak Raja Suran. Demang Lebar
Daun membawa Nila Pahlawan, Krysna Pandita dan Nila Utama ke Palembang.
Dalam menghasilkan projek multimedia ini, aspek penting yang perlu diberikan perhatian adalah penghayatan intrinsik dan penghayatan ekstrinsik terhadap episode tersebut. Penghayatan intrinsik dan penghayatan ekstrinsik boleh digabungkan mengikut keadaan dan keperluan. Berdasarkan penelitian yang melibatkan penghayatan terhadap karya tersebut, maka perlu dikenal pasti elemen yang boleh diterjemahkan dalam bentuk multimedia sama ada dalam bentuk grafik, teks, animasi mahupun audio-visual untuk menggambarkan keseluruhan episode tersebut. Setelah penelitian dibuat dengan mengambil kira perkara yang dinyatakan, maka perlu menyediakan satu papan cerita (storyboard) yang digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan projek ini.
Kemudian tentang presentation anda perlu buat seperti ini.
Hasil video saya 😎https://youtu.be/RTMnnB4RKWc
Comments
Post a Comment