Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1

Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (siri 1)
KONSEP NEGARA
Konsep Negara
ada sempadan
ada sistem pemerintahan
ada rakyat/pemastautin tetap
Sempadan
negara yang beradaulat ada sempadan yang jelas
sempadan membolehkan negara yang beradaulat ditadbir dengan sistematik
sempadan menentukan bidangkuasa politik,ekonomi dan mobiliti sosial negara yang berdaulat
Sistem pemerintahan
komponen utama negara yang berdaulat ialah badan perundangan,badan eksekutif,dan badan kehakiman
Rakyat
persamaan bangsa,agama,budaya dan bahasa melahirkan semangat nasionalisme yang tinggi
gagasan 1 Malaysia bertujuan satupadukan rakyat
CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT
Ciri-Ciri Negara Berdaulat
merdeka
berkuasa
berwibawa
beridentiti
Merdeka
bebas daripada belenggu penjajah
bebas membuat keputusan
Berkuasa sendiri
berkuasa membuat keputusan
perlembagaan membahagikan kuasa kepada 3 badan iaitu perundangan,eksekutif dan kehakiman
setiap badan tidak boleh dipengaruhi atau dicampuri
badan eksekutif dipilih melalui pilihanraya
badan perundangan yang gubal undang-undang ialah Dewan Rakyat dan Dewan Negara,
badan kehakiman menentukan hukuman ke atas pelanggaran undang-undang
Berwibawa
berupaya mempengaruhi dan menguasai rakyat
memiliki kuasa politik yang stabil
mampu menjamin keamanan dan  keselamatan rakyat
mempunyai kekuatan ekonomi
mempunyai modal insan yang berkualiti
ada perpaduan kaum
Beridentiti sendiri
contohnya Malaysia negara Islam sederhana
Malaysia bersahabat dengan semua negara
Malaysia berkecuali, tidak menyokong mana-mana blok kuasa besar
asasnya ialah bendera,jata negara dan lagu kebangsaan
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
sumber undang-undang tertinggi
jadi panduan kepada pemerintah
beri perlindungan dan jaminan kepada rakyat
perlembagaan bertulis/tidak bertulis
ada ciri-ciri keluhuran
ada sifat ketertinggiannya
boleh dipinda tapi bersebab
Perlembagaan Malaysia
dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan
menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara dan melaksanakan kuasa
ada 15 bahagian,183 perkara
peruntukkan kuasa kepada kerajaan persekutuan,negeri,tempatan
perlembagaan bertulis
Perlembagaan Bertulis
kebal
sukar dipinda
undang-undang digubal di parlimen
mahkamah ada kuasa untuk tafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan
contohnya perlembagaan Malaysia
perlembagaan Malaysia ialah model Westminster dari Britain
Keluhuran Perlembagaan
bermaksud ketertinggian dan keagungan perlembagaan
Ciri-Ciri Keluhuran Perlembagaan
mengatasi kuasa YDPA
mengatasi kuasa parlimen
mengatasi kuasa Jemaah Menteri
mengatasi  mahkamah
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah dan terbatal
undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan Malaysia
mahkamah ada kuasa untuk batalkan akta yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia
Ketertinggian Perlembagaan
merupakan  undang-undang tertinggi
undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia dianggap terbatal
parlimen tidak boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah
mahkamah berkuasa membatalkan undang-undang yang bercanggah
YDPA tidak boleh mengatasi perlembagaan Malaysia
Sebab-Sebab Perlembagaan Boleh Dipinda
memperoleh suara majoriti biasa dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara
memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara
memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan perkenan Majlis Raja-Raja
memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan persetujuan Yang DiPertua Negeri jika di Sabah dan Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus

Silir Daksina : SINOPSIS (FULL)

Kerja Kursus Kersusteraan Melayu Komunikatif: Multimedia; KIsah Bermula di Bukit Siguntang